Trending By: SGMS Enal November 10, 2019 @ 12:15pm

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita mengenai pesawat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH360 yang dipercayai berpatah balik ke lapangan kapal terbang selepas berlegar-legar di ruang udara.

Menerusi semakan web flightradar24.com pada malam tadi, pesawat tersebut dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, namun berpatah balik ke KLIA semula selepas dilihat berlegar-legar di ruang udara Selat Melaka.

Sehingga kini, punca sebenar pesawat tersebut berpatah balik ke KLIA masih belum dipastikan oleh mana-mana pihak. Pun begitu, berita mengenai perkara tersebut telah menarik perhatian rata-rata netizen yang nyata risau akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Ini kerana, terdapat segelintir netizen yang mengaitkan insiden berkenaan dengan tragedi yang menimpa MH370 yang sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Insiden pesawat berpatah balik ke KLIA pada malam semalam dikaitkan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 2014 kerana dikatakan mempunyai beberapa persamaan yang hampir.

Antara yang dinyatakan dalam tweet individu berkenaan adalah destinasi pernerbangan yang sama. Perkara ini adalah kerana insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 juga dalam perjalanan menuju ke Beijing. Selain itu, nombor penerbangan yang juga hampir sama membuatkan ramai teringatkan peristiwa lima tahun lepas itu.

Berikutan itu, ramai yang mendoakan agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini seperti yang pernah menggegarkan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, menurut salah seorang warganet yang membuat semakan di web flightradar24.com semalam, pesawat tersebut dipercayai selamat melakukan penerbangan dan hampir sampai ke Beijing.

Ianya berikutan penjadualan semula penerbangan Beijing yang berlepas jam 12.30 malam semalam dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi tadi.

Sumber: Twitter (Carian MH360) & Siakapkeli.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Mar 2018

闭眼开车「见证上帝」迷信妈带2小孩撞电线杆

美国一名住在亚特兰大的母亲太过迷信,为了让小孩相信「上帝会保佑他们」,竟然故意开车的时候闭上眼睛,想让「上帝」帮她开车,结果车子撞到电线杆,自己也受伤,最后还被警察以虐待儿童送办。

Featured Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Trending Thu, 11 Feb 2021