Featured By: Nurul Hana July 6, 2023 @ 9:20pm

Isu Netizen Fitnah Freemas*n, Baby Shima Tampil ‘Backup’ Shuib – “Kerjalah Kau Sampai Mamp*s”

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tampil mempertahankan Shuib ekoran tindakan pelawak itu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen kerana melemparkan tuduhan berbaur fitnah ke atas dirinya dan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Baby Shima memberitahu pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang buat para netizen yang sering melemparkan fitnah.

“Bila dengar kena saman takutlah. Fake account pun boleh je cari, tiada masalah. Yang suka mengecam, memfitnah tu jaga-jaga. Diam-diam kita ni, perhati je netizen-netizen yang biadap.

“Tut tut tiba-tiba eh, datang surat saman, kerjalah kau sampai mamp*s nak bayar duit saman je,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan tindakan Baby Shima mahu menyaman netizen.

“Sesekali kena juga buat macam tu supaya orang luar sana tak boleh sewenang-wenangnya tabur fitnah dengan jari je. Betul tak?

“Kasi hantam netizen yang perangai hanat tu. Saman tetap saman. Yang kaki fitnah mesti tengah gelabah sekarang ni,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Fri, 1 Jul 2022
Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] “Pelbagai Dugaan Dilalui, Akhirnya Rapuh” – Sentuh Perasaan! Neelofa Menangis Ketika Perjanjian Dibaca Oleh…

Alahai, terlalu banyak kecaman & pelbagai isu dibangkitkan mengenai inai NunHa 🥲🥲 Sayu pulaa 🥲