#TriviaXTRA By: Atiqah Johari July 3, 2023 @ 9:56pm

#TriviaXTRA: ‘Passenger Princess’, OCD & Gosok Gigi Setiap Kali Makan? Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Shaza Bae!

Shaza Bae atau pemilik nama sebenar Shaza Nuriman Mohamad Zamri merupakan salah seorang selebriti yang versatil di Malaysia.

Shaza mula berkecimpung dalam industri hiburan apabila dipilih untuk membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk ‘Jahit’. Selepas itu, dia banyak menerima tawaran model iklan daripada jenama besar lain seperti Telekom Malaysia, Maxis, KFC, Nivea dan banyak lagi.

Tambah, Shaza juga merupakan finalis Dewi Remaja 2019/2020 dan berjaya dinobatkan sebagai Juara program tersebut.

Nama Shaza mula mendapat perhatian apabila membintangi drama adaptasi novel popular Tundukkan Playboy itu pada 2016.

Bukan itu sahaja, mesti ramai yang tidak tahu yang Shaza juga merupakan seorang pensyarah sambilan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi dalam bidang penulisan kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Memang beauty with brain lah Shaza!

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Shaza Bae berkongsi beberapa perkara yang ramai tak tahu tentangnya!

1. Shaza Tak Suka Drive

Sesetengah orang suka memandu dan anggap memandu tu macam terapi atau healing mood giteww. Tapi, lain pulak dengan Shaza sebab dia memang tak suka drive!

“Saya Tak Suka Drive”

Kalau hari-hari kena hadap sesak best jugak jadi passenger princess hehe

2. Gemar Tidur Awal

Dapat tidur awal dan mencukupi adalah satu nikmat dunia! Tapi tak mudah tau nak dapat tidur yang kualiti.

“Saya tidur awal almost everyday kalau tak ada kerja walaupun agak impossible”

Patutlah Shaza selalu nampak cantik, fresh dan energetic!

3. Seorang Yang Teratur & Pembersih

Tak semua orang boleh buat kerja dalam keadaan yang serabut. Sama juga macam Shaza! Dia mengaku dia seorang yang perlu ikut jadual dan teratur. Siapa macam ni jugak?

“Saya orangnya agak OCD. Agak organize dan bersih. Kalau nak buat benda pun kena ikut timetable”

Tak mudah tau jadi orang OCD ni. Tengok orang tak susun barang betul-betul pun boleh rasa nak marah 🙆‍♀️

4. Gosok Gigi Setiap Kali Makan?

Setiap orang memiliki tabiat yang dianggap pelik atau unik. Sama juga macam Shaza, dia kena gosok gigi selepas makan. On the spot pulak tu.

“Kalau macam setiap kali lepas makan, saya rasa macam nak gosok gigi je. Kalau shooting kan saya akan bawa toothpaste untuk gosok gigi. Saya memang macam tu”

Alamak! Lain macam ek habit Shaza 🤣

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Nov 2021

Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya masih menangis setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Genap 100 hari pemergian Sarah, Shuib mendedahkan emosinya juga sering terganggu. “Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami […]

Trending Thu, 15 Aug 2019

Polis Dedah Punca Kematian Sebenar Nora Anne, Bocor Usus Akibat..

Susulan kematian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sewaktu bercuti di The Dusun Hill Pantai, Negeri Sembilan bersama keluarganya berakhir dengan kematian apabila mayatnya dijumpai tidak jauh 1.5 kilometer dari resort […]

Trending Wed, 5 Sep 2018

Pakar Dari UK Yakin MH 370 Kini Di Hutan Tebal Kemboja?

Mengukur daripada pemandangan dalam peta Google, ia berukuran sepanjang 69 meter, tapi nampak seperti ada jarak antara ekor dan bahagian belakang pesawat itu.

Trending Fri, 29 Nov 2019
Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Featured Thu, 24 Nov 2022
Trending Wed, 28 Apr 2021