Trending By: SGMS Faida September 5, 2018 @ 11:30am

Pakar Dari UK Yakin MH 370 Kini Di Hutan Tebal Kemboja?

Pakar teknologi dari United Kingdom, Ian Wilson yakin berjaya mengesan ‘bayang’ pesawat MH 370, baru-baru ini.

Beliau yang mahir dalam penggunaan Google Maps memberitahu mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines yang hilang bersama 239 penumpang dan kru ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu terhempas di kawasan hutan tebal di Kemboja.

Penerbit video itu kini merancang untuk melawat kawasan itu bagi membuktikan teorinya.

Kata Wilson: “Mengukur daripada pemandangan dalam peta Google, ia berukuran sepanjang 69 meter, tapi nampak seperti ada jarak antara ekor dan bahagian belakang pesawat itu.

Pesawat MH370 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa seramai 227 penumpang dan 22 kru kapal.

Namun, ia hilang ketika melepasi kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam apabila transponder pesawat dipadamkan.

Wilson berkata kepada Daily Star Online: “Saya melayari Google Earth beberapa jam untuk mencari kemungkinan tentang kedudukan pesawat itu.

“Akhirnya, seperti yang anda lihat, lokasi di mana kedudukan pesawat tersebut. Pada dasarnya, ia kawasan paling hijau dan gelap yang anda boleh lihat.”

Para penyiasat berusaha mencari pesawat itu dengan bersungguh-sungguh sejak ia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, mereka mengakui bahawa mereka masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku biarpun telah mengemukakan laporan setebal 1,500 muka surat.

Sementara itu, Arkib Penyiasatan Biro Pesawat berkata, mereka tidak boleh mengesahkan bahawa imej pada paparan Google Earth itu adalah pesawat MH370. – Mirror UK.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Jun 2021
Featured Wed, 7 Sep 2022

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Akhirnyaaaa, semoga semuanya dipermudah! Kita tunggu keputusan pihak berkuasa nanti 🤲🏻

Trending Tue, 17 Mar 2020

5 Filem Hollywood Yang Ditunda Tayang Akibat Covid-19

PENYEBARAN wabak Corona atau Covid-19 yang menyerang masyarakat dunia pada waktu ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada industri perfileman negara dan luar negara. Beberapa filem hebat Holywood terpaksa ditangguhkan tayangannya akibat penularan wabak yang semakin

| Live TV