Hiburan By: Padin May 8, 2023 @ 5:43pm

Eksklusif Di TV3, Saksikan Program Bual Bicara Khas Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia

Eksklusif di TV3, program bual bicara khas ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ membincangkan isu-isu kepentingan ASEAN dan juga gaya hidup tokoh politik yang disegani dan popular dalam kalangan rakyat tersebut pada 9 Mei 2023 (Selasa), pukul 9.00 malam.

Malaysia dan Indonesia, dua negara jiran yang terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama. Bukan saja bahasa pertuturan berasal dari rumpun bahasa yang sama, malahan budaya, adat resam, agama dan seni bina juga mempunyai persamaan antara dua negara ini.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi merupakan Presiden Republik Indonesia yang ke-7. Beliau juga memikul tanggungjawab besar apabila Indonesia terpilih sebagai Pengerusi ASEAN 2023 pada awal Januari lalu.

Beliau merupakan Presiden Indonesia pertama yang bukan berasal dari latar belakang politik atau ketenteraan elit. Apakah perancangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan cabaran getir yang dihadapi oleh ASEAN?

Bersama dengan hos, Fiza Sabjahan, program selama satu jam ini telah diberikan peluang untuk menjalani rakaman di Istana Merdeka, Jakarta. Selain itu, Joko Widodo juga memilih Pasar Tanah Abang, lokasi pelancongan yang terkenal dengan produk tekstil sebagai lokasi penggambaran kedua.

Seterusnya, Sarinah Mall, pusat beli-belah pertama di Indonesia yang telah dinaik tarafkan untuk memasarkan barangan tempatan juga dipaparkan dalam program ini.

Selain berkongsi perspektif beliau tentang hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia, beliau juga membincangkan tentang topik-topik yang menjadi kepentingan ASEAN seperti isu maritim dan pertikaian sempadan, pergolakan politik di Myanmar, pemulihan ekonomi dan keselamatan makanan demi menjamin kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi.

Di sebalik kewibawaan seorang tokoh politik, beliau juga mempunyai hobi dan minat yang unik antaranya membawa motor berkuasa tinggi, bersukan seperti futsal dan badminton menonton filem serta memelihara haiwan.

Kenali lebih dekat Presiden Indonesia ke-7 menerusi program ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ yang bakal disiarkan pada 9 Mei 2023, Selasa, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara definisi tinggi di Tonton.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Mon, 23 May 2022
Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

“Tidak Mahu Manjakan Bakal Anak Dengan Kemewahan” – Elvina

Elvina mahu anaknya itu hidup dengan penuh kesederhanaan sama seperti orang lain.

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Trending Tue, 7 May 2019

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Sanggupkah anda menyelongkar dapur semata-mata untuk mengikuti cabaran ini?

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

There’s a NEW Member in BLACKPINK!

Why is there suddenly a 5th member added?