Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 25, 2022 @ 5:00pm

Azira Shafinaz Akui Masih Single, Hanya Fokus Kepada Kerjaya

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui lega apabila tiada lagi gosip-gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan juga memberitahu dia bukan seorang wanita yang gemar mencipta kontroversi malah lebih selesa jika kisah peribadinya tidak diperkatakan.

“Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi.

“Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar, tetapi kalau tak keluar dari mulut saya, saya tak tahu,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem pertama lakonannya sebagai watak utama berjudul Talbis Iblis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, anggota kumpulan DeFam ini pernah dikaitkan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila sering membuat sesi siaran langsung bersama di media sosial.

Disoal mengenai status hubungannya dengan pelakon itu, Azira berkata dia dan Sharnaaz hanya bersahabat baik.

“Sekarang saya gembira dan masih single.

“Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Berbicara mengenai soal jodoh, Azira berkata ia bukanlah keutamaan baginya pada masa sekarang, namun berharap semua dapat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh.

“Memang ramai yang bertanya soal jodoh, tapi sebenarnya saya hanya fokus kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai.

“Ada juga yang cuba mendekati saya tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, sayang biar satu. Doakanlah saya bertemu jodoh.

“Jujurnya, dahulu mungkin saya memilih tetapi sekarang saya rasa mahu seorang yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting ialah hormat kerja saya sebab tak semua orang boleh faham dengan kerjaya saya,” ujarnya lagi.

Azira bakal tampil dalam filem seram Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia yang bergandingan bersama Nasha Aziz, Zul Ariffin, Jay Iswazir dan ramai lagi bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Fara Hezel Dan Erry Putra Bercinta!

Walaupun hubungan cinta mereka kelihatan happy dan bahagia, Fara menjelaskan hubungan mereka masih lagi baru dan masih belum ke peringkat yang lebih serius

Trending Sat, 19 Dec 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri.

Events Fri, 2 Aug 2019

Mad August《Fighter》演唱会邀刘力扬当嘉宾!

大马摇滚乐团Mad August今年迎来出道8周年,即将在来临的8月30日首办主题为《Fighter》售票演唱会,并在发布会上公布刘力扬当演唱会嘉宾及首唱合作单曲!

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Featured Wed, 17 Aug 2022
error: Content is protected !!