Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 18, 2023 @ 1:20pm

Kes Penunggang Motosikal Langgar JPJ, Individu Dakwa Achey ‘Select’ Orang Nak Beri Bantuan?

Pelawak dan penyanyi, Achey didakwa memilih orang untuk memberikan bantuan.

Baru-baru ini, tular seorang penunggang motosikal yang melanggar anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Menerusi perkongsian Achey di Instagram Story, seorang individu mempersoalkan tindakannya tidak membantu penunggang motosikal tersebut.

“Ha tu ada kes mat rempit langgar JPJ. Apa lagi bantu la mat rempit tu. Macam kes panda tu,” ujar individu itu.

“Abang ada masalah kesihatan ke? Kan beza kesnya tu,” balas Achey.

Tambah individu tersebut lagi, Achey didakwa memilih orang untuk dibantu kerana kedua-dua kes itu adalah sama iaitu kesalahan tiada cukai jalan dan insurans.

“Eh tak bang. Kesalahan dia sama takde roadtax dengan insurance cuma tula kena bantu beliau. Jangan selek bang,” katanya.

Menurut Achey, kes antara dua penunggang motosikal berkenaan adalah berbeza malah dia juga turut memohon maaf.

“Bantu yang susah dengan bantu yang bermasalah kan beza dik. Kenapa marah ni?

“Maaf yea kalau niat saya tak menghalalkan cara,” jelas Achey.

Terdahulu, Achey memberitahu ada memberi bantuan kepada kes motosikal penghantar makanan, Foodpanda yang disita oleh pihak JPJ.

@achey_kintangkintung Ok selesai… sabar rakyat malaysia… sentiasa positif yea.. kedua2 pihak jalankan tugas.. mana boleh kita bantu.. tak boleh kita doa jelahh.. #abangpanda #tiaracandy ♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Hiburan Fri, 8 Nov 2024

Video Dijadikan Bahan, Luqman Faiz Diganggu Golongan Lelaki Songs*ng – “Ini Satu Fitnah!”

Luqman Faiz kesal video dijadikan bahan golongan lelaki songsang

Featured Sun, 3 Oct 2021

“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di […]

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 9 Mar 2026

“Isu Scammer Rembayung Belum Habis, Ni Tambah Lagi Scammer Lain” – Khairul Aming Minta Netizen Berhati-Hati 

Khairul Aming menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada selepas mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba memperdayakan orang ramai dengan menggunakan namanya.

error: Content is protected !!