Hiburan By: SGMS Faida December 20, 2019 @ 8:00am

Nia Ramadhani Tak Tahu Cuci Pinggan Ke?

Nama pelakon Nia Ramadhani sering menjadi perbualan netizen di Indonesia.

Dari kisah tidak tahu membuka buah salak sehingga seterika baju, nama pelakon cantik ini terus hangat dibualkan.

Ramai menganggap Nia tidak mampu melakukan kerja di rumah lantaran berkahwin dengan usahawan bergelar jutawan, Ardie Bakri.

Namun baru-baru ini, Nia membuktikan dia mampu seterika baju tanpa dibantu oleh pembantu rumah.

Aksi Nia ternyata menjadi trending di media sosial Twitter.

Ini berikutan sempena ulangtahun Transmedia ke 18, Nia Ramadhani mengaku akan merealisasikan permintaan netizen.

“Mau lihat seorang Nia Ramadhani dan Jessica Iskandar cuci piring,” tulis salah seorang netizen menerusi program Ngopi Dara Trans TV.

Pengacara program berkenaan, Jessica Iskandar (Jedar) bertanya kepada Nia sama ada dia pernah mencuci piring atau tidak.

“Bila kali terakhir kamu cuci piring,” soal Jedar.

Nia menjawab ringkas ‘Pernah lah’.

Dalam masa sama, Nia turut menunjukkan cara yang tepat untuk mencuci piring kepada Jedar.

“Ini tipsnya, kalau ada sisa makanan, harus buang dahulu,” katanya.

Sebelum ini, nama Nia Ramadhani menjadi trending selepas aksinya yang gagal mengupas buah salak menjadi bualan netizen Indonesia.

Sementara itu, Nia juga pernah mengejutkan laman sosial apabila tidak boleh membuka pintu bilik sendiri.

Ini kerana pintu berkenaan mempunyai sistem keselamatan dengan teknologi serba canggih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

LEAD SINGER OF THE CRANBERRIES, DOLORES O’RIORDAN SUDDENLY PASSES AWAY

Yet another fallen angel. May she rest in peace.

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan

Hiburan Tue, 9 Oct 2018
Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

萧敬腾大马站门票1小时售出6 成!3票价已售罄

「金曲歌王」萧敬腾汹汹来袭!大马站演唱会门票昨日(12日)上午11 时通过网路与热线全面公开发售,首一小时就售出六成门票。

Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya,

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Anak Menteri Dikecam Kerana Little Miss Khan?

Teman lelakinya tidak bersalah namun turut menerima kecaman daripada netizen, kesian dia kan?

| Live TV

error: Content is protected !!