Hiburan By: Maya Basir June 13, 2023 @ 4:05pm

Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Dah Berjumpa Dengan Anak-Anak 3 Minggu Lalu – “Kenapa Saya Nak Kena Bayangkan, Sedangkan…”

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri hairan dengan tindakan suaminya yang berkongsi video dan gambar anak-anak ketika proses tuntutan hak penjagaan anak bakal berlangsung.

Memetik laporan Berita Harian, Nurul Shuhada mendedahkan hantaran yang dibuat Hafidz tersebut sudah lama diambil dan bukan baru seperti disangka ramai.

“Video dan gambar dimuat naik Hafidz sudah lama diambil, sekitar tiga minggu lalu dan bukannya baru kelmarin.

“Dia baru sahaja muat naik hantaran pada Ahad kerana hari ini (semalam) sebab ada kes tuntutan hadanah. Apa tujuannya dan untuk apa?,” katanya.

Sementara itu, Shuhada turut mendakwa kemelut yang berpanjangan berpunca daripada dirinya sendiri.

“Kenapa saya pula nak kena bayangkan perasaannya, sedangkan dia yang pilih semua ini. Saya memang tak follow atau like akaun berkenaan.

“Pegawai sulh pun ada beritahu apa-apa tindakan dibuat, jangan pentingkan diri sendiri. Kena utamakan anak-anak,” ujarnya.

Terdahulu, Hafidz ada berkongsi video dan foto bersama kedua anaknya, Humairah dan Umar serta meluahkan rasa rindunya terhadap mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayangkan Rindunya Seorang Abah Pada…” – Selepas 3 Bulan, Hafidz Roshdi Jumpa Anak-Anak

Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Namun, prosiding hadanah semalam gagal menemui kesepakatan apabila tiba-tiba Hafidz berubah fikiran dan akan bersambung pada 12 September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tindakannya Ini Menyebabkan Saya Menjadi Perempuan Keji” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Fikiran Saat Akhir

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

 

Kredit foto Nurul Shuhada: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Hiburan Mon, 28 Oct 2019

易烊千玺与周冬雨主演《少年的你》大马终于定档!

由「金马」影后周冬雨伙搭当红小生易烊千玺领衔主演的《少年的你》确定于11月14日大马上画!

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Saya Bukan Lelaki Misteri Itu”, Ikhwan Doakan Risteena Bahagia

Hmmm..Belum tentu ‘berkawan’ lama akhirnya ke jinjang pelamin kan?

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.