Featured By: Aqilah Paharuzi September 10, 2023 @ 3:52pm

“Sibuk Kain Orang, Kain Sendiri Terbuka” – Ulas Isu Anak Abby Abadi, Ramai Minta Ali Puteh Fokus Bayar Hutang Balu Abam

Pelawak sensasi, Ali Puteh mengulas isu anak Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang mengaku bersalah telah menganggu rumah tangga seorang wanita sehingga perkahwinannya terlerai.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ali seakan memerli Abby yang sebelum ini ‘sibuk’ mengulas isunya bersama balu abangnya, Allahyarham Abam Bocik iaitu Hidayah.

Menerusi hantaran tersebut, Ali memuat naik dua tangkapan skrin keratan berita berkenaan Abby mengulas isu bersama balu Abam serta berita mengenai Marissa.

Di ruangan kapsyen, Ali berkata aib keluarga Abby terbuka kerana sibuk menjaga tepi kainnya pada tahun 2020.

“2020 berlalu Kini 2023.. moga baik-baik sahaja buat keluarganya..kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka..,” tulisnya.

Ali Puteh

Menerusi sebuah hantaran di Instagram portal hiburan, ramai yang mengkritik kenyataan Ali serta memberi nasihat untuk segera melunaskan hutang kepada kakak iparnya itu.
Ali puteh

Ali Puteh
Bagaimanapun, Abby sehingga kini masih tidak memberi respons berhubung ulasan Ali yang secara terangan menjurus kepadanya.

Sebelum ini, nama anak Abby Abadi dan Norman Hakim hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial ekoran menganggu rumah tangga wanita bernama Misya sehingga bercerai.

Marissa mengakui bersalah atas segala tuduhan namun menafikan dirinya menyambut penceraian Misya dan bekas suaminya, Aslam seperti didakwa wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Norman Hakim Bakal Selesaikan Isu Anak Didakwa Penyondol Secara Tertutup – “Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Lisa Surihani Jadikan Heliza Helmi Sebagai Inspirasi?

Kedua-duanya memang wanita hebat!

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Zizie Ezette Kongsi Wajah Anak Kembar

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette buah hati Datin Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sambut Hari Jadi ke-24, #JennieDeservesBetter Trending Di Twitter

Selamat Hari Jadi Jennie! Jangan sedih-sedih ok?

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini.

Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

error: Content is protected !!