Hiburan By: SGMS Faida February 8, 2018 @ 5:30am

AJL 32: HAZAMA TAK KECIL HATI, JANJI PERSEMBAHAN MANTAP

Penyanyi Hazama yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) atas tiket lagu Aku Yang Sebenar mengaku penyertaanya di pentas akhir AJL jarang sekali dianggap peserta pilihan. Macam sedih je bunyinya…

Bakal membawakan lagu ciptaan Datuk M Nasir dan Ad Samad, Hazama tidak berkecil hati tetapi akan menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

AJL merupakan pertandingan mencari penyanyi paling ramai peminat tetapi ia merupakan gelanggang memilih lagu paling berkualiti.

Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus, membuatkan penyanyi yang membawakan karya terbabit mara ke final,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi berusia 33 tahun ini berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.

” Andai kata kononnya pemilihan saya di AJL sekadar memenuhkan ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik.” katanya.

Sebanyak 12 lagu layak berentap pada AJL 32. Selain Hazama, antara artis lain yang turut bersaing kali ini ialah Dayang Nurfaizah, Syamel, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.

Jika dilihat pada senarai penyanyi yang menguasai AJL 32, rata-ratanya adalah penyanyi yang sedang meningkat naik!

Saya okay dan tidak tertekan. Saya anggap pembabitan diri dalam AJL masih relevan kerana berada dalam kelompok penyanyi muda terbabit. Kalau tidak, saya takkan berada dalam pertandingan ini,” katanya.

 Bercerita mengenai persiapannya menjelang pertandingan yang bakal berlangsung Ahad ini, Hazama berkata, dirinya baru saja hendak memulakan latihan hari ini.

Dalam masa sama, Hazama bersyukur isteri kesayangannya, Genervie Kam banyak membantu dari segi susunan muzik.

Saya hanya perlu mengadakan latihan vokal agar dapat memberikan persembahan mantap. Tahun ini, persembahan saya bersifat sederhana dan saya mahu fokus pada nyanyian,” akhirnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Feb 2018

MIRA FILZAH MERAJUK?

“Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa saya mengambil rehat dari media sosial, jadi tidak hairan jika mengapa tidak ada sebarang kemas kini daripada saya. Itu sahaja.”

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Acara Mon, 13 Feb 2023
Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!