Hiburan By: SGMS Enal July 27, 2019 @ 11:00am

Nabil Mahir Temui Pengganti, Pilih Artis Sebagai Teman Wanita?

Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, 31, menyifatkan hubungannya dengan Ayda Jebat tidak lebih daripada kawan biasa.

Mengakui terkejut dengan gosip mengatakan mereka pasangan kekasih, Nabil menjelaskan, persahabatannya dengan penyanyi Temberang itu terjalin sebelum Ayda dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon, Redza Rosli lagi.

“Jujurnya, apabila timbul cerita mengatakan kami bercinta, saya memang terkejut. Bukan saya sahaja, keluarga dan rakan terdekat juga terkejut dengan berita berkenaan. Mereka turut meminta kepastian, apakah cerita itu benar ataupun sekadar gosip?

“Mungkin berikutan masing-masing masih single, ia menyebabkan ramai mengaitkan saya dan Ayda bercinta.

“Kami memang berkawan, namun tiada langsung kaitannya dengan soal sedang dalam fasa mengenali hati budi atau sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Ditanya adakah Ayda kawan perempuan paling rapat, yang menjadi tempatnya berkongsi cerita atau mengadu masalah, dengan pantas Nabil menepis tanggapan berkenaan.

“Bagi saya, Ayda sama seperti kawan perempuan yang lain. Berkawan tidak semestinya kena selalu lepak bersama atau perlu mengadu masalah.

“Asalkan mempunyai persefahaman dan minat sama, ia sudah memadai untuk menjadikan kami sahabat,” katanya ketika ditemui pada majlis anugerah anjuran sebuah majalah, di sini.

Dakwaan konon Nabil dan Ayda bercinta mula timbul apabila kedua-duanya saling berbalas mesej di laman sosial. Malah, pemuda terbabit pernah meninggalkan komen berbunyi ‘I Love You’ di laman Instagram Ayda, selain berpakaian sedondon pada sebuah acara.

Sementara itu, Ayda, 27, yang turut berada di majlis sama, enggan mengulas perkara berkenaan, selain keberatan ketika diajak untuk merakamkan foto bersama Nabil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 26 Aug 2019

xtra好康头 | 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票

xtra好康头 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票,让他用微笑征服你的心,见识不一样的林子祥。

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak

Featured Tue, 19 Jul 2022
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

Hiburan Sat, 2 Feb 2019
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

| Live TV

error: Content is protected !!