Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2022 @ 4:08pm

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Nampaknya kes siasatan kematian mendiang, Nida Patcharavirapong atau Tangmo Nida masih berjalan.

Ia selepas helah rakan baik dan juga pengurus aktres popular Thailand iaitu, Gatick Juthasuksawat terbongkar.

Difahamkan, Gatick telah memadam segala data di dalam telefon pintarnya dan juga telefon milik mendiang sebaik sahaja kejadian malang tersebut berlaku. Bagaimanapun, helah tersebut tidak berjaya apabila polis negara itu berjaya menjejaknya semula.

Aduan mengenai perkara tersebut dibuat oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin kepada pihak polis sebelum pasukan penyiasatan itu mengembalikan data yang telah dipadamkan Gatick.

Selain itu, Panida juga bertindak memfailkan aduan terhadap Gatick atas tuduhan cuba memusnahkan bukti kejadian.

Memetik laporan media tempatan, data yang dipadamkan oleh Gatick termasuklah perbualan bersama seorang individu kenamaan berhubung ‘penjualan’ Tangmo, bil hotel atas nama mendiang dan nombor telefon bimbit mencurigakan yang berakhir dengan digit 666 dan 4444.

“Bekas polis Thailand, Santhana, sempat menemui dua nombor Very-Very Important Person (VVIP) yang menghubungi Gatick pada malam kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai Gatick menjual Tangmo kepada individu kenamaan tersebut masih tidak dapat dibuktikan.

 

Sumber:BangkokPost

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Wed, 17 Jul 2024
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…

Featured Wed, 10 Aug 2022
familuv Tue, 18 Feb 2020
Trending Wed, 22 May 2019
Eat Travel Thu, 15 Nov 2018

Ixora Hotel Penang, Hotel Pertama Menyediakan Perkhidmatan Telefon Pintar Untuk Tetamu

Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi percuma, peti simpanan deposit, televisyen satelit dengan skrin rata serta peti ais mini yang pastinya menjanjikan kepuasan buat pengunjung.