Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 9, 2023 @ 12:56pm

“Jika Hilang Tawaran Kerana Hijrah, Bersangka Baiklah Pada Ketentuan Allah” – Fida Ibrahim

Pelakon Fida Ibrahim mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui seseorang untuk kekal istiqamah dalam berhijrah.

Menurut Fida atau nama lengkapnya, Rafidah Ibrahim, 37, golongan artis atau orang biasa juga tidak lari dari membuat kesilapan namun tetaplah saling menasihati.

“Apabila sesuatu keadaan itu boleh menggugat Iman atau penghijrahan kita, saya fikir paling penting ialah memilih ‘circle’ atau kawan-kawan yang boleh membantu pada niat asal kita.

“Saya percaya bahawa iman tak boleh diwarisi mahupun ‘copy and paste’. Setiap anak Adam itu pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.

“Sama ada kalangan artis atau tidak, jika ada kalangan kawan-kawan kita yang sedang diuji, nasihat dan berikan galakkan padanya.

“Tapi kalau tak mampu, kita juga boleh mendoakan dia dari jauh. Tugas dakwah bukan hanya terletak pada ustaz atau ulama. Tetapi itu adalah tanggungjawab setiap Muslim.

“Dalam berdakwah perumpamaannya macam ini, ‘kita bukannya nak hapuskan pesakit, tetapi kita nak merawat penyakit,” katanya.

Tambah Fida lagi, perlunya bersangka baik dengan Allah sekiranya seseorang selebriti itu hilang tawaran dek kerana penghijrahan yang dibuat.

“Bila berkaitan sesuatu perkara yang diwajibkan dalam Islam ini, pada peringkat permulaan memang saya faham, kita seolah-olah perlu memaksa diri sehinggalah datangnya keikhlasan itu. Artis lebih dilihat orang sebab mereka selalu di depan kamera.

“Bagi saya, semua orang dalam industri memainkan peranan masing-masing kerana setiap daripada kita faham agama dan syariat termasuklah penerbit, pengarah, stesen tv, radio, media dan lain-lain. Paling penting kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.

“Kalau kita rasa dengan hijrah kita kehilangan atau kurang tawaran, sentiasa bersangka baik pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yakinlah pasti ada lebih baik dari itu sebab dalam hidup ini tak semestinya yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita mahu pun sebaliknya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dua Kali Keguguran, Fida Ibrahim Kini Hamil Enam Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: “Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Feb 2026

“Waktu Dengar Demo Saya Tahu Rakan Duet Tak Boleh Sembarangan ” – Nabila Razali Pilih Nabil Ahmad Kolaborasi Lagu ‘Tak Sabar Nak Raya’

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui keputusannya memilih pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad untuk berkolaborasi menerusi lagu raya terbaharunya berjudul, Tak Sabar Nak Raya dibuat secara teliti.

Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Featured Tue, 26 May 2026
Trending Sat, 1 Jun 2019

Nak Balik Kampung Siapa Dulu? 5 Tips Hari Raya Buat Pasangan Baru Kahwin

Sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok 5 tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!

Hiburan Wed, 5 Feb 2020
Hiburan Sat, 3 May 2025
error: Content is protected !!