Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 19, 2023 @ 5:56pm

Baggio Damasutra Akui Masih Trauma Insiden AJL 1991 – “Sampai Sekarang Tak Hilang…”

Vokalis kumpulan era 90-an, Damasutra iaitu Baggio mengakui masih trauma dengan insiden mikrofon tidak berfungsi semasa persembahan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 1991.

Menurut Baggio atau nama sebenar Bahagia Daharun, meskipun peristiwa tersebut berlaku 32 tahun lalu, namun trauma apabila mengenangkannya.

“Saya memang tak pernah lupakan insiden itu. Ia menjadi pengalaman sendiri ketika terbabit persembahan secara langsung di AJL ketika itu. Sampai sekarang, perasaan trauma saya tak hilang.

“Bayangkan empat baris lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang saya nyanyikan ketika itu tak dengar suara sebab mikrofon tak berfungsi. AJL pula ditayangkan secara langsung, nak stop tak boleh,” katanya.

Berbekalkan pengalaman membuat persembahan di ‘fun fair’, dia dapat kekal tenang di atas pentas pertandingan berprestij itu.

“Pengalaman buat show dekat fun fair dan alami banyak masalah teknikal mengajar saya menghadapi kejadian yang berlaku tiba-tiba dan tidak disangka dengan tenang. Namun, traumanya yang tak pernah hilang sampai sekarang.

“Saya bersyukur masih dapat menyanyi dengan baik dan aktif dalam karier seni sampai sekarang dengan menghasilkan lagu-lagu solo terbaru yang dimuat naik di YouTube,” ujarnya.

Baggio ditemui semasa majlis sidang media Konsert Annivesari Ke-33 Damasutra The Journey yang bakal berlangsung pada 27 Oktober depan di Zepp Kuala Lumpur.

Turut hadir, anggota Damasutra iaitu Amran (bass), Assu (dram) dan pemain gitar yang merupakan ahli baru, Rizal Wahab.

Rizal menggantikan Allahyarham Narudin Yunus atau Alok yang meninggal dunia pada 30 Oktober 2019.

Sekadar info, Damasutra yang ditubuhkan pada akhir 1989 mula mencipta nama pada 1990 dan turut popular dengan lagu Sufi, Antara Sutra Dan Bulan, Sembunyi, Sesat Dalam Rindu, Seribu Bayangan dan banyak lagi.

Tiket Konsert Damasutra ini dianjurkan oleh Ultimate Media boleh dibeli menerusi laman www.damasutra.ubertickets.asia yang akan dibuka bermula pada 19hb Jun 2023.

Harga tiket bagi menyaksikan konsert adalah Rock Zone adalah RM188 (berdiri), Gold RM350 (duduk/Meet & Greet/t-Shirt), manakala Silver RM258 (duduk/merchandise).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Hebat betul Shaheizy Sam

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Tahniah buat pelakon muda Elvina yang bakal bernikah 18 Mac 2018

Featured Fri, 13 Jun 2025

Makin ‘Hot’! Sharifah Sakinah Akhirnya Pamer Aksi Mesra Bersama Suami Baru

Sakinah hadir dengan busana berona biru gelap rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam bersama Cyril Kongo seorang pelukis grafiti terkenal Perancis.

Featured Wed, 26 Mar 2025

Terima Sentuhan Magis Dari Stacy, Hafiz Zainal Buat ‘Comeback’ Penuh Makna! Hidupkan Memoir Dengan Jiwa & Emosi

Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal semakin dikenali menerusi penyertaannya menerusi program pencarian bakat popular, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di TV3.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019
error: Content is protected !!