Hiburan By: Del14 November 29, 2019 @ 8:33pm

“Saya Bukan Lelaki Misteri Itu”, Ikhwan Doakan Risteena Bahagia

Selepas tujuh tahun menyulam cinta dan sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga akhir tahun ini, teka-teki mengenai status perhubungan pelakon, Ikhwan Khairuddin dan pelakon, Nur Risteena akhirnya terjawab apabila Ikhwan tampil memberi penjelasan. 

Ikhwan mengambil keputusan untuk membuka mulut dan mengakhiri segala desas desus dan spekulasi mengenai hubungan mereka kerana dia merasa segan apabila ramai yang bertanya sama ada diakah lelaki misteri yang sering muncul di laman media sosial instagram Risteena sejak akhir-akhir ini.  

“Ya, saya dan Risteena sudah putus. Saya perlu jelaskan perkara ini kerana saya segan dan malu apabila ramai bertanya adakah saya lelaki misteri yang sering muncul di Instagram Risteena,” katanya kepada Harian Metro.  

Mengikut perancangan asal, Ikhwan dan Risteena sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu dan bernikah November ini, iaitu bulan kelahiran Risteena, namun semua itu terpaksa dibatalkan. 

Menganggap hubungan yang putus itu sebagai sudah tiada jodoh, Ikhwan mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang komen mengenai punca perpisahan mereka. 

“Selepas menjalin hubungan selama tujuh tahun, kami merancang untuk berkahwin bulan ini. Namun, perkara itu tidak menjadi. Segala persiapan yang sudah dibuat terpaksa dibatalkan.  Saya percaya, aturan Allah itu lebih baik dan pasti ada hikmah di sebaliknya. 

“Cukuplah orang tahu kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Bagi saya ini yang terbaik daripada terus membuat orang sekeliling berteka-teki.  Dia juga boleh fokus dengan hubungan baru yang dibina,” kata Ikhwan lagi.

Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh.

“Tipulah kalau saya kata tidak sedih dengan perpisahan ini.  Berkat doa emak, saya bangkit dan mulakan hidup baru.  Apa yang terjadi, biarlah menjadi simpanan peribadi kami dan tidak perlu saya kongsikan. 

“Saya doakan Risteena bahagia dan berjaya dengan setiap apa yang dirancang,” tambah Ikhwan yang mula berkenalan dengan Risteena semasa mereka sama-sama berlakon di dalam drama Pilihan Rozana pada 2012.   

Melalui kemas kini perkongsian Instagram, Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas telah memuatnaik satu entri dan berkongsi foto yang menunjukkan kad jemputan kahwinnya yang bakal dilangsungkan 6 Disember ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

Akhirnya…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

 Sumber Foto: Instagram @nur_risteena

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018
FESYEN Thu, 26 Sep 2019

Nabila Razali Pandai Bawa Diri – Jasmin Hamid

Pelakon hebat yang mencipta nama dari zaman 90an, Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid ini masih aktif berlakon sehingga kini.  Terbaharu, beliau digandingkan dengan penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali dalam satu

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

RAHSIA CHE TA TAK BOLEH GEMUK

Che Ta memberitahu, dia sekarang sedang fokus untuk mengembalikan berat badan yang ideal seperti dahulu bahkan  tiada perancangan untuk hamil buat sementara waktu.

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

PANAS!!! SHAHEIZY SAM SEKSI DALAM??????

Selepas kecoh di media sosial tentang abg sado Zul Ariffin yang rata-rata membuatkan peminat fanatiknya “bergetar Ovari” Kini giliran Sam pula yang memuat naik gambar tanpa baju di laman instagramnya. Tindakan tersebut lantas menarik perhatian netizen dan para peminat yang setia mengikuti perkembangan terkininya itu.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Featured Mon, 14 Nov 2022

Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Sakit perut jangan buat main ya.. Get well soon!

Events Sat, 17 Dec 2022

Sedekad Dalam Industri, IamNeeta Tampil Dengan ‘Depresi’ – “Kami Asyik Nyanyi Lagu Cinta, Kali Ini…”

Setelah memasuki sedekad dalam industri seni tanah air, kumpulan IamNeeta hadir dengan lagu terbaharu berjudul Depresi. Kumpulan yang di anggotai oleh Patrick Anohada, Anas Zakwan dan Neeta Manisha ini tampil dengan kelainan dalam single terbaharu

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Featured Thu, 16 Mar 2023

| Live TV