Featured By: Khairil Khusyairi May 9, 2023 @ 5:04pm

“Biarlah Orang Nak Cakap Apa, Kami Pun Baru Setahun Jagung Dalam Rumah Tangga” – Zulin Aziz

“Doakan yang baik-baik.”

Demikan respons pelakon dan pengacara Zulin Aziz apabila disoal mengenai punca rumah tangganya yang goyah sehingga hampir menemui titik noktah baru-baru ini.

Menurut Zulin, dia tidak mahu memanjangkan isu rumah tangganya sebaliknya mahu perkara tersebut terhenti disitu saja dan hanya dia dan suami sahaja yang mengetahui.

“Lagi banyak kita bercakap, lagi banyak perkara yang tak baik keluar daripada mulut orang. Apa yang berlaku, biarlah kita sahaja yang tahu, nak ulas pun…tak boleh nak cakap banyak.

“Ada sebab benda itu berlaku dan biarlah ia sampai disitu saja,” jelas Zulin.

Tambah Zulin lagi, dia enggan membuka mulut sejak isu tersebut bertebaran biarpun terdapat pelbagai spekulasi dah tohmahan terhadap dirinya.

“Yang paling penting terima kasih doakan dan kami baik-baik saja. Biarlah orang nak cakap apa, kita saja yang tahu. Banyak dakwaan yang tak masuk akal, tapi saya tak pernah buka mulut.

“Kami pun baru setahun jagung dalam rumah tangga, ada banyak lagi fasa yang kami perlu lalui, kalau setakat ada salah faham dan masalah kecil, kita cubalah (selesaikan).

“Semakin hari kita doa semoga semakin matang,” katanya.

Pertengahan April lalu, Zulin tampil mengejutkan ramai apabila membuat hantaran di media sosial mengenai hubungan dengan suaminya, Farhan Norzaini yang dikatakan sudah berpisah.

ARTIKRL BERKAITAN: Zulin Aziz Beri Hint Bercerai Selepas Setahun Kahwin? – “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

Tidak lama kemudian, Zulin berkongsi berita baik yang mana dia dan suami sudah berbaik semula.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan berkahwin pada 20 Februari 2022.

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Featured Mon, 1 Aug 2022

Luah Rasa Syukur Walau Diuji, Syifa Melvin Imbau Kenangan Di Tanah Suci – “Umrah Kali Ini Lain Macam Sikit”

MasyaAllah, nikmat yang tak terhingga bila doa yang kita hajati dimakbulkan serta merta 😇

Trending Thu, 27 Feb 2020

“Dah Memang LGBT Haram, Haram Tetap Haram”- Netizen Pertikai Lagu Akhir Zaman Bunkface

Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial. Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan […]

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

Featured Thu, 8 Feb 2024
Trending Fri, 22 Jun 2018

Pelik! Lelaki Nekad Pecah Rumah Hanya Berseluar Dalam

Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa.