Trending By: Izzi Farhana June 22, 2023 @ 4:39pm

Kisah Perjalanan Peribadi Dalam Dunia Seni Cetus Semangat Kmy Kmo Hasilkan 21A

Penyanyi hip hop terkenal, Kmy Kmo telah melancarkan sebuah single berjudul 21A yang mempunyai mesej tentang perjalanan setiap individu tidak sentiasa manis dan pasti akan
melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang.

Single tersebut telah dilancarkan pada 30 Mei lalu di platfom Youtube Kmy Kmo sendiri dan juga telah berjaya menembusi tiga platform digital Spotify iaitu Border Beats, Made in Malaysia dan Pop Terkini! dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.

Pencapaian tersebut telah memberikan kelegaan kepada pemilik nama sebenar Lukmanul
Hakim kerana single solonya ini telah mendapat tempat di hati peminat tanah air.

Berkongsi lanjut, lagu 21A ini merupakan luahan ikhlas dirinya dalam kepayahan yang terpaksa dilalui untuk menempa nama dalam
pasaran muzik hip hop sebelum ini.

“Sebagai anak jati Kuantan yang begitu meminati muzik hip hop saya akui perjalanan yang
saya tempoh sebelum ini adalah satu proses yang panjang dan tidak mudah untuk saya lalui.

“Jika dulu saya perlu yakinkan bakat kecil yang saya miliki ini untuk menambat hati pendengar di Malaysia selain cabaran untuk menembusi pasaran mainstream.

“Walau bagaimanapun segala pengalaman yang saya lalui sebelum ini akan menjadi satu
cerita indah yang tidak mampu saya lupakan selain menjadi pengajaran terbaik untuk saya
terus bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini,” katanya.

Menurutnya lagi proses penulisan lagu ini tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana lagu dan liriknya bersifat santai serta luahan hati peribadinya.

“Tiada tekanan untuk hasilkan lagu ini berbanding lagu-lagu yang pernah saya hasilkan
sebelum ini.

“Menerusi lagu ini saya hanya santai-santai saja. Tambah pula, lagu ini menceritakan
mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya bawa buat kawan-kawan atau kenalan
yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.

“Saya sedar masih ramai bakat-bakat muda yang kurang keyakinan diri untuk
memperkenalkan bakat mereka kerana takut dengan anasir negatif yang mereka dengar
dalam dunia hiburan.

“Ada yang bimbang jika kehadiran mereka dalam pasaran mainstream akan ditindas,
diketawakan, atau dipergunakan sedangkan mereka perlu berani dan yakin dengan sesuatu
produk yang ingin ditampilkan,” katanya.

21A boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan YouTube Music sejak 30 Mei yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗

Trending Thu, 24 Oct 2019

Dengan Twitter Dapat Bantu Lelaki Ini Keluar Dari …

Nampak tak bertapa impaknya media sosial

Trending Mon, 2 Jul 2018

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka.