Trending By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 2:48pm

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditangkap Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), sebentar tadi.

Difahamkan, tangkapan dilakukan pada jam 6.15 petang tadi ketika dia sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.

Menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap.

Penangkapan Jamal diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Jamal menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Tue, 25 Jan 2022

Awas… Diva AA Akan Terus Tegur Jika Ada Isu Babitkan Industri Seni!

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, akan terus menegur mana-mana pihak yang menimbulkan isu dalam industri seni tempatan. Menurut hos berpengalaman yang dikenali sebagai Diva AA ini, dia geram melihat segelintir individu yang sengaja membuat kontroversi. […]

Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

Featured Fri, 25 Nov 2022

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu. Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan […]

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Sat, 27 Apr 2024