Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 8:47am

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan pasport milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada 15 Jun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk  Seri Mustafar Ali berkata, pembatalan itu dilakukan atas permintaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya mengesahkan bahawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ke luar negara dengan menggunakan ‘jalan tikus’.

“Sudah pastinya dalam hal ini, Jamal menggunakan jalan tikus melalui Tanjung Balai, Indonesia. Dia  ditangkap di Jakarta Selatan dan pegawai saya di Jakarta juga telah menyerahkan laporan kepada saya.

“Dia yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia bakal dihantar pulang ke Malaysia dan pihak kami akan mendakwanya atas kesalahan imigresen yang berkaitan,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Jamal, yang melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 1 Apr 2018

Kenapa Kek Perkahwinan Ini Menjadi Kek Paling Mahal Di Dunia

Inilah yang dikatakan kek paling mahal didunia dengan menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg.  Pereka luar biasa ini, Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di […]

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Featured Thu, 7 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari […]

Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Selamat Petang & Selamat Malam…” – Berjaya Tewaskan Jep, Shuib & Atu – Asif Suhaimi Speechless Menang Artis Komedi Popular ABPBH 34

Bintang baharu sensasi, Asif Suhaimi berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce, Asif yang […]