Categories: Oh Lawa

2 Jenama Produk Kecantikan & Kesihatan Ratusan Ribu Yang Menjadi Pilihan Golongan Elit

Kalau berbicara tentang kecantikan, injection vitamin C antara yang popular dalam kalangan wanita yang nak cantik kerana harganya tidaklah terlalu mahal. Dengan mendapatkan suntikan berkala setiap bulan, anda akan memiliki kulit yang cantik berseri. Kiranya injection vitamin C ini banyak diambil oleh golongan sederhana.

Tapi, berbeza dengan golongan elit, mereka mungkin ambil supplement yang lebih mahal untuk tampil cantik. Penulis percaya, anda pasti dah dengar cerita tentang golongan elit yang sanggup berhabis ratusan ribu untuk membeli produk kecantikan dan kesihatan kan?

Pasti anda tertanya-tanya, agaknya apakah jenis produk yang mahal ‘gila’ itu kan? Nah! Penulis senarai 2 jenis produk kecantikan dan kesihatan berharga ratusan ribu yang menjadi pilihan golongan elit untuk cantik, menawan dan bertenaga.

1. Growth Factor 9

Foto: Illpumpyouup.com

Growth Factor 9 atau hormon GH-9 merupakan satu produk anti-penuaan yang dikatakan sangat popular dalam kalangan golongan kaya dan elit. Untuk pengetahuan anda, produk ini dihasilkan oleh syarikat Novex Biotech.

GH-9 ini biasanya digunakan sebagai pemangkin kepada rembesan HGH (Human Growth Hormone) dalam badan dengan matlamat utama untuk meningkatkan prestasi fizikal. Selain itu, ia juga menjadi pencetus kepada hormon anti-penuaan.

Selain itu, GH-9 ini juga mampu membaiki sel, membantu menganjalkan kulit, menguatkan tulang, paru-paru, hati dan buah pinggang ke tahap optimum sekaligus mengembalikan keremajaan sel kulit.

Satu botol GH-9 ini mengandungi 120 kapsul yang berharga US99.99 (RM413.94). 

2. Plant GH-9 Anti-Aging Honey

Plant GH-9 Anti-Aging Honey ataupun Madu GH-9 juga antara supplement yang menjadi pilihan golongan elit. Produk berasaskan 100% tumbuhan ini turut mempunyai manfaat anti-penuaan. Menurut bahagian penerangan produk, Plant GH-9 Honey adalah makanan tambahan bagi merangsang badan manusia untuk mengekalkan kemudaan, tenaga dan daya hidup.

Plant GH-9 Honey juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk memberikan kesan terbaik untuk meningkatkan tenaga, otot, meningkatkan fungsi dan prestasi seksual dan membantu memperbaiki penghadaman dan penglihatan. 

Harga bagi produk ini ialah 10ml US275 (RM1139.46) untuk kegunaan 2 minggu, 20ml US510 (RM2113.18) untuk kegunaan selama sebulan dan 40ml US1,050 (RM4350.67) untuk 2 bulan kegunaan. Mahal kan?

Sekarang anda dah tahu kan produk-produk elit ini? Kalau beli sekali saja mampulah tapi untuk kegunaan jangka masa yang panjang mungkin akan buat kita pokai! Haha! 

Sumber: Sarawak Report & Dnarepairservice

tex_admin