Categories: Eat TravelFeatured

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Jika anda menetap di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor, tidak perlu lagi bersusah payah ke Taiping, Perak atau Sungai Du,a Pulau Pinang untuk menikmati kelazatan mee udang.

Jimat masa, singkat perjalanan lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya isteri sedang mengandung dan mengidam mee udang!

Anda kini boleh pergi sahaja ke Restoran Mee Udang Banjir yang terletak di Kuala Selangor. Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana ia terletak betul-betul di tepi jalan utama berdekatan Masjid Daerah Kuala Selangor.

Foto: BeginHere My

Dibuka bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah malam, menu utamanya ialah Mee Udang Banjir dengan pilihan udang galah atau udang harimau.

Semangkuk mee dengan lima ekor udang galah berharga RM13 manakala semangkuk mee udang harimau hanya berharga RM8. Rasanya pula, memang sedap.

Selain mee udang, restoran ini turut menyajikan menu lain seperti mee goreng udang, nasi goreng udang, char kuey tiaw, sup ekor, sup ayam kampung dan lain-lain lagi. Semuanya dengan harga yang berpatutan.

Foto: Pakapenang

Anda juga tidak akan menghadapi masalah untuk meletakkan kenderaan kerana restoran ini mempunyai tempat meletakkan kenderaan yang luas dan percuma.

Restoran ini juga pernah dikunjungi krew Jalan-jalan Cari Makan TV3.

Jadi, restoran ini merupakan restoran terbaik untuk diserbu penggemar mee udang.

Foto: Malaysia Dateline

Sumber: Malaysia Dateline

Yanie Baharom