Categories: Oh Lawa

15 Gaya Makeup Yang Berinspirasikan Karakter ‘Thanos’ Dari Filem Avengers: Infinity War

Ada sesiapa yang tak tengok filem The Avengers: Infinity War bila ia ditayang di pawagam April lalu?

Rasanya ramai kot yang sempat tonton kerana popular betul karakter penjahat utamanya iaitu Thanos. Namanya disebut-sebut sampai dalam meme kelakar pun dia ada muncul.

Mungkin dia popular kerana apa yang dia buat dalam filem itu (kami tak berikan spoiler, jangan risau!). Dan mungkin sebab itulah ramai orang yang menyambut Halloween, ataupun suka cosplay, akan memilih untuk dress up sebagai karakter ini pada tahun ini.

Foto: mouse.latercera.com

Di konvensyen Comic-Con tahun ini, ramai pengunjung tampil dengan costume Thanos yang realistik sungguh sampai anda rasa mereka baru datang dari set pengambaran filem Avengers.

Orang lain pula telah mengambil inspirasi daripada karakter ini dan serlahkan kreativiti mereka menerusi gaya makeup yang lebih delicate, dengan warna yang “pop” dan batu-batu permata yang mereka lekatkan pada badan.

Tak kiralah apa cara anda pilih, anda juga boleh jadi penjahat Marvel kegemaran ramai ini jika anda ambil inspirasi daripada gaya makeup mereka ini:

Sumber: PopSugar

Ad Ops