Setiap musim luruh, nama-nama terbesar dalam industri televisyen berkumpul pada satu malam iaitu di acara Primetime Emmy Awards.
Sesetengah daripada mereka menang besar di atas pentas. Sesetengah lagi berjaya membuat penampilan hebat di atas karpet merah.
Tahun ini, acara ini berlangsung dari Microsoft Theater di Los Angeles pagi ini (waktu Malaysia). Dan seperti biasa, para selebriti muncul dengan macam-macam gaya daripada trend terkini ke gaun-gaun menawan yang mencerminkan personaliti mereka.
Jika anda tak sempat tonton acara red carpet bagi Emmy Awards 2018 secara live, di sini kami lampirkan rupa dan gaya terbaik dan paling unik.
Jumpsuit ini menampilkan 3,000 kristal yang dijahit dengan tangan. Ia dilaporkan mengambil masa 100 jam untuk siap.
Tetamu lain nampak elegant tapi pelakon ini pilih untuk memakai kemeja santai dengan logo Nike. Tapi dia ada sebab yang munasabah!
Katanya dia ingin memuji jenama sukan itu kerana menyokong protes pemain NFL Colin Kaepernick terhadap ketidakadilan kaum dan keganasan pihak polis di Amerika. Waaah.
Tak apalah kalau begitu. At least logo itu dilekatkan dengan berlian tiruan.
Sumber: Insider
Ubah gaya hidup!
Impian Ajai tercapai...
Tak perlu berbalah, chill okay
Jangan libatkan Janna okay!
Mantap Cuy