New York Fashion Week baru saja melabuhkan tirainya tapi jika anda tak puas lagi dan masih nak tengok gaya high fashion di negara-negara Barat, ada berita baik untuk anda.
Anugerah Emmy, yang meraikan bakat-bakat hebat di platform televisyen Amerika, bakal melangsungkan edisinya yang ke-70 esok pada 8 pagi (waktu Malaysia).
Dan sama seperti majlis anugerah gilang-gemilang yang lain di negara itu, salah satu bahagian yang ditunggu-tunggu oleh peminat industri hiburan adalah acara red carpet di mana calon-calon dan tetamu selebriti tampil dengan gaya glam dan chic mereka.
Esok kita akan dapat lihat trend terbaru yang ditonjolkan di Emmy Awards 2018 tapi sebelum itu, jom kita tinjau gaya penampilan di karpet merah Emmy yang menarik pada tahun-tahun sebelum ini.
Outfit mana yang menjadi kegemaran anda?
Sumber: Marie Claire
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹