Categories: Oh Lawa

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Nama “beauty blender” dah lama memasuki kamus makeup, iaitu sejak ia dilancarkan pada 2003. Bagi mereka yang tahu-menahu tentang makeup, alat ini memang digemari kerana ia sangatlah memudahkan kerja.

Beauty blender ini adalah sejenis span berbentuk telur yang membolehkan anda blend makeup pada kulit dengan sempurna untuk mendapatkan rupa yang flawless.

Tak kiralah untuk foundation, concealer atau highlighter, alat inovatif ini mengalahkan berus makeup yang dulu-dulu orang selalu pakai.

Tapi tahukah anda? Ramai daripada kita telah menggunakan beauty blender ini dengan cara yang tak memaksimakan keberkesanannya?

Ini 5 daripada kesilapan biasa yang kita sering lakukan:

1. Anda tidak membasahkannya dulu

Dengan melembapkan span ini dengan air, ia akan membantu blend produk makeup anda secara flawless tanpa ada kesan-kesan coretan. Biarkannya di bawah air lalu atau rendam di dalam cawan berisi air, kemudian perah.

Foto: Shutterstock

2. Anda tak membersihkan span anda

Jika anda belum cuci span anda setelah sekian lama, ataupun tak pernah cuci langsung, lebih baik anda cuci sekarang. Dan mula dari sekarang juga, pastikan anda cuci setiap kali selepas anda pakai.

Span yang bersih membolehkan produk anda disapu ke atas permukaan kulit dengan lancar dan licin. Jika anda mencucinya juga, pembiakan bakteria akan terbantut.

Selain pencuci khas, anda juga boleh menggunakan sabun tangan atau syampu yang lembut untuk mencuci span anda.

3. Anda dah menggunakan span anda sejak berzaman-zaman lamanya

Sama seperti maskara dan berus gigi, span ini perlu diganti baru setiap 3 bulan. Kenapa? Lama-lama mestilah ia tak sama berkesan seperti dulu. Lagipun, ada risiko untuknya menjadi habitat untuk bakteria.

Ada seorang wanita dari Eropah ini mendapati ada kumbang atau ulat kecil yang dah bersarang di dalam spannya! Eeee!

4. Anda menyapu produk pada kulit

Jangan sapu-sapu. Sebaliknya dab-dab (tepek-tepek) saja dengan beauty blender itu. Teknik yang betul untuk menggunakan alat ini adalah dengan melantun (bounce). Dengan cara ini, anda mendepositkan makeup dari span ke kulit, dan pada masa yang sama anda blend produk tersebut supaya rata.

5. Anda hanya menggunakannya untuk produk makeup

Tahu tak yang beauty blender juga boleh digunakan untuk menyapu produk penjagaan kulit? Ia bebas pewarna dan lembut pada kulit jadi anda boleh pakai serum, pelembap dan sunscreen dengan menggunakannya.

Jika anda ada menggunakan beauty blender, ingat ya!

Sumber: Elle

Ad Ops