Categories: Oh Lawa

8 Resipi Mask Muka Untuk Pelbagai Masalah Kulit, Setiap Satunya Guna Dua Bahan Saja

Produk-produk penjagaan kulit di pasaran semuanya mahal-mahal! Jadi kenapa beli jika boleh buat sendiri?

Bukan, bukan. Anda memang tak boleh hasilkan produk yang sebiji macam produk yang dijual di atas kaunter kerana ia memang menggunakan bahan kimia serta mesin-mesin yang kita sebagai orang biasa ini memang tak ada.

Sebaliknya, dengan menggunakan beberapa jenis bahan semula jadi, anda boleh buat sendiri ‘produk’ yang fungsinya lebih kurang sama dengan produk di pasaran.

Produk kecantikan yang mudah untuk dibuat sendiri adalah facial mask. Campurkan saja bahan-bahan, dah siap!

Di sini kami kongsikan 8 resipi mask yang berlainan. Yang istimewanya, setiap satunya ada fungsi tersendiri, jadi anda boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan kulit muka anda. 

Contohnya, ada mask untuk menghapuskan blackhead, untuk mengurangkan minyak atau jerawat, dan untuk mengecilkan liang-liang pori. 

Satu lagi ciri-ciri istimewa pada mask ini, setiap satunya hanya menggunakan 2 bahan ramuan saja! Dan anda selalunya boleh jumpa bahan-bahan ini di dapur. Mudah sangat! 

Contoh bahan-bahan ini adalah seperti serbuk kopi, jus lemon, madu, telur putih, minyak kelapa serta serbuk kunyit. 

Lumurkan saja di muka hingga kering selepas 20 minit. Kemudian, cuci! Nescaya anda akan dapat manfaat daripada gabungan bahan-bahan semula jadi yang anda gunakan itu.

Jom belajar cara-caranya melalui video di bawah ini.

Sumber: Tips & Tricks

Ad Ops