Kenapa Zahiril Adzim Mencarut?

Haa, ni bukan mencarut suka-suka tau, kang tak pasal-pasal netizen sound Zahiril Adzim pula.

Sebenarnya pelakon berbakat ini,  diminta mencarut dalam drama terbarunya, KL Underworld, yang disiarkan menerusi platform penstriman video atas permintaan (VOD).

Walaupun keberatan kerana tidak mahu dikecam, namun Zahiril beralah kerana watak yang dipegang, Adi perlu menjadi lebih realistik.

“Kalau hendak bercerita dari segi kepuasan, saya memang puas berlakon dalam penerbitan sebegini kerana kita diberi kebebasan. Malah, saya sendiri terkejut kerana pihak iflix sendiri meminta saya untuk mengeluarkan kata-kata kesat, sejajar dengan watak gengster saya jayakan.

“Pada mulanya, saya memang menolak untuk berbuat begitu kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi. Namun, selepas diberikan lampu hijau, saya teruskan juga.

“Biarpun diberikan kebebasan, kita kena juga menjaga batasan. Watak Adi sendiri bukanlah kerap sangat mencarut, jadi saya rasa sedikit selamat.” Katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran drama enam episod itu

Selain drama KL Underworld, pelakon itu kini sibuk berulang alik antara Kuala Lumpur dengan Jakarta, Indonesia demi memburu kisah ulama Nusantara yang juga penulis terkenal, Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Dr Hamka.

“Saya ditugaskan untuk mengendalikan sebuah program travelog bertajuk Menjejak Hamka. Saya perlu mengembara ke semua tempat yang ada kaitannya dengan tokoh terbabit untuk mendapat bahan. Antara lokasi saya kunjungi ialah Jakarta, Jogjakarta, Surabaya dan Padang.

“Jujurnya, saya sendiri terkejut apabila diberi peluang untuk mengendalikan program ini. Walaupun isinya agak berat, namun saya perlu menjadikannya kelihatan lebih ringan dan boleh diterima semua golongan penonton.” Jelas Zahiril mengenai program bakal disiarkan minggu pertama September depan, menerusi sebuah saluran berbayar.

Ad Ops