Categories: Oh Lawa

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Jerawat merupakan masalah biasa yang akan menghantui setiap golongan wanita mahupun lelaki. Lagi banyak tumbuh lagi stres kita dibuatnya! Betul tak?

Mungkin anda pernah mencuba pelbagai jenis produk untuk merawat masalah jerawat ini, tapi jerawat tersebut tetap tumbuh.

Jangan risau, penulis nak kongsikan kepada anda salah satu petua yang dapat membantu mengecutkan jerawat sekaligus menjadikan kulit wajah anda licin dan flawless.

Kiub ais aloe vera antara cara yang boleh selesaikan masalah anda! Jom kita lihat cara-cara nak buat kiub ini.

Cara-cara nak buat:

1. Buangkan duri dan kulit pada bahagian bawah aloe vera. Kemudian, keluarkan isinya dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.

2. Masukkan isi aloe vera tersebut ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur. Anda tidak perlu tambah air kerana lendir aloe vera akan memudahkan proses kisaran tersebut.

3. Setelah itu, masukkan dalam acuan air batu dan bekukan dalam peti sejuk. 

Cara untuk memakainya:

1. Apabila aloe vera sudah membeku, keluarkan daripada acuannya. Oleskan kiub aloe vera tersebut pada seluruh wajah sehingga kiub tersebut cair. Kemudian, biarkan kering. 

2. Setelah kering, cuci bersih wajah anda menggunakan air bersih. Saat ini anda akan merasakan kulit wajah menjadi lembut dan fresh.

3. Anda perlu melakukan petua ini 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. 

Mudah sahaja kan? Tak salah kan kalau anda nak cuba petua ini sebab aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda. Jangan biarkan masalah jerawat ‘membunuh’ rasa percaya diri anda! Selamat mencuba!

Sumber: Petua Ibu

tex_admin