Categories: Oh Lawa

Awalan Evolusi Fesyen Tempatan Menebal Nuansa Gaya Barat

Selamat menyambut Hari Kebangsaan negara yang ke-61 semua! (dulunya dikenali sebagai Sambutan Hari Kemerdekaan).

Bersyukur dan berbanggalah kerana sehingga hari ini, kita masih dapat menikmati kehidupan dalam suasana harmoni dan aman damai.

Bercakap mengenai evolusi fesyen di Malaysia, di peringkat awalan perkembangan fesyen tempatan lebih terarah atau berkiblatkan resensi Barat. Cetusan fesyen dunia mahupun tempatan amat berkait rapat dengan peralihan muzik global.

Ini juga dapat kita lihat menerusi penerbitan filem tempatan sekitar era 1950-an hingga 1980-an, di mana kebanyakan fesyen wanita  terdiri daripada gaun bareback maxi dress, mini dress, off-shoulders dan stail hippie.

Seiring perubahan waktu, ditambah pula lambakan pereka fesyen tempatan bertauliah hadir dengan daya cipta dinamik mengolah fesyen Barat lalu diberi suntikan lokal membentuk penemuan identiti dalam rekaan fesyen tempatan.

Percaya atau tidak, fesyen tempatan terutamanya stail wanita Muslimah di Malaysia di mana mereka ini digelar Hijabista, menjadi rujukan juga ikutan wanita Muslim di Asia termasuk Barat.

Justeru itu, bersempena sambutan hari istimewa ini, Hijab & Heels ingin membawa anda merentasi evolusi fesyen yang berlaku di Malaysia bermula dari zaman 1950-an sehingga kini.

1. Tahun 1950 (New Look)

Kebangkitan teknologi pembuatan tekstil bermula setelah tamatnya World War II (WWII) atau Perang Dunia ke-2.  Pada era ini, kebanyakan rekaan diperbuat daripada fabrik nilon, orlon dan dracon.

Ia juga menyaksikan rekaan yang lebih segar namun tidak seglamour pada tahun 1920. Pada era yang sama, fesyen khusus untuk remaja diperkenalkan dan berkembang pesat sehingga hari ini setanding demand pasaran fesyen dewasa.

Gaya busana popular pada tahun tersebut antaranya penggunaan spandex, kemeja-t lengan panjang ketat dan topi lebar.

Transisi fesyen pada era ini berlaku dengan pantas di mana pada penghujung 50-an, gaya New Look beralih kepada sesuatu yang lebih urban dan moden.

Lagu-lagu Elvis Presley yang bernuansa Rock and Roll dan Marilyn Monroe banyak mempengaruhi stail muda-mudi. Gaya urban dan pop culture ini dikenali dengan sebutan Pin Up turut tular di kalangan rakyat Malaysia ketika itu.

Allahyarham Puan Sri Saloma juga tidak kurang hebatnya apabila stailnya menjadi ikutan ramai wanita di Malaysia pada zaman itu.

Foto: timehd.net

Foto: Art.co.uk

Foto: BERITA Mediacorp

2. Tahun 1960 (Futurismo)

Tahun 1960 menyaksikan inovasi rekaan teknologi  peralatan rumah seperti televisyen, mesin basuh dan berbagai lagi.

Dikenali sebagai era ‘masa depan’ atau Futurismo, mode fesyen pada zaman itu memperlihatkan dominasi busana minimalist dengan motif garis atau bintik.

Masih dalam era yang sama, budaya pemakaian denim menjadi tular sebelum pengaruh Hippie pula dibawa masuk. Stail Hippie yang dipengaruhi gaya Bohemian, cukup identical dengan pemakaian baju longgar sekaligus menunjukkan kedekatan mereka dengan alam.

Foto: Blue17

Foto: eBay

3. Tahun 1970 (Disco)

Tahun 1970an terkenal dengan budaya muzik disco. Pemakaian gaun beropol, celana pendek ketat, sepatu wedges, kemeja fluffy dan bell bottoms, mencetus fenomena di seluruh dunia.

Dari gaya disco, beralih  pula kepada stail Punk yang cukup kontroversi kerana pemakaian yang dikaitkan dengan vandalisme dan muzik ganas manakala identiti kumpulan Punk dapat dikenal pasti menerusi gaya rambut spike, baju hitam dengan aksesori metal tajam dan solekan gothic.

Foto; Pinterest

4. Tahun 1980 (Rock Style)

Kemeja-T dan celana denim menjadi begitu popular di kalangan remaja malah stail pada zaman ini menyaksikan pengaruh muzik cukup berpengaruh terhadap perkembangan fesyen tempatan.

Imej kumpulan rock lagenda seperti Search dan Wings misalnya, menjadi ikutan ramai sementara wanita pula menggilai gaya ranggi Ella dan Madonna.

Kemeja-T besar dipadan legging warna-warni, headband dan sport shoes, gaya yang cukup ‘IN!’ buat golongan gadis pada masa itu.

Foto: SentiasaPanas

Foto: Pinterest

5. Tahun 1990 (Grunge)

Muzik Grunge menjadi simbol fesyen era 1990an. Namun begitu, era ini merekodkan pencapaian terburuk dalam sejarah fesyen dunia atau dikenali dengan sebutan The decade fashion has forgotten.  Staile Grunge ini mirip gaya Punk namun tidak begitu radikal.

Celana denim, kemeja-T, kemeja kotak-kotak lebar menjadi ciri identiti pada awalan era berkenaan. Beberapa tahun kemudian konsep stail Mix Up, pula memecah kebingungan arena fesyen dan memberikan sedikit variasi.

Mix Up merujuk kepada stail denim biru dipadan jaket rona sedondon menggunakan fabrik yang sama, baby doll dresses, kemeja-T dengan potongan luas dibahagian dada, pakaian sukan, jersi basketball, sweatshirt dan sweater, yang digayakan bersama kasut sneakers dan keds.

Pada pertengahan 1990an sekali lagi menyaksikan perubahan fesyen didorong kebangkitan muzik Pop, Rap dan Hip Hop yang menggila pada masa itu. Kemunculan artis berkumpulan tempatan berpengaruh seperti 4U2C, KRU dan Feminin, nampaknya berjaya mencipta fenomena baru dalam arena fesyen tempatan.

Foto: Nylon                             

Foto: MetroLyrics

6. Tahun 2000 (New Millenium)

Milenium baru memberikan nuansa serba silver bagi perkembangan fesyen. Nuansa futuristik tanpa mengenepikan elemen glamor trend terawal diperkenalkan pada tahun 2000.

Pertengahan tahun 2000 pula, fesyen Emo menjadi perhatian dan telah membentuk kelompok komuniti tersendiri. Imej emo begitu identical dengan persalinan gothic, hitam, eye shadow hitam, dengan ciri khas rambut lurus disisir ke tepi.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, budaya sub-culture juga memainkan peranan. Mirip dengan budaya Grunge, Punk dan Hippie, budaya Indie bertitik-tolak pada simbol pertentangan budaya konservatif yang berkembang.

Cogan kata standout for Independent, mencerminkan imej fashionista Indie yang bold dan tidak terpengaruh dengan gaya konvensional.

Mengenalpasti kumpulan Indie mudah saja kerana mereka gemar mengenakan seluar denim ketat dan sentang atau dilipat sehingga menampakkan stokin, seluar pendek dipadan kasut kanvas warna-warni, sneakers atau high cut juga kemeja-T berbentuk v-neck yang mempunyai gabungan tiga ciri retro, vintage dan moden.

Foto: We Heart It

Foto: Sensasi Selebriti

7. Tahun 2010 – 2018: Hipster dan Hijabista

Perkembangan fesyen di seluruh dunia paling produktif pada era ini. Jika dulu perlu ke shopping complex untuk membeli pakaian, kini segalanya boleh didapatkan melalui hujung jari iaitu menerusi pembelian secara atas talian dan kemudiannya pesanan anda sampai di muka pintu rumah anda.

Saban minggu ada saja pelbagai rekaan baru memasuki pasaran.  Tentunya paling menarik adalah fesyen Hipster. Budaya ini berasal dari Amerika Syarikat dan menjadi gaya pilihan muda-mudi diseluruh dunia.

Sama seperti budaya sub-culture sebelumnya, budaya berpakaian Hipster mengangkat pemahaman self-sustaining, DIY (Do It Yourself), dan anti konservatif.

Budaya Hipster menekankan lifestyle di mana gajet seperti smartphone, laptop dan barangan hardware yang lain menjadi komponen penting dalam menghangatkan gaya mereka!

Foto: Lokalah

Identiti pemakaian Hipster antaranya skinny jeans yang terus relevan dari zaman ke zaman selain kacamata besar, rambut tidak terurus rapi, statement shirt, boy shirt, boot tinggi, aksesori kepala, jaket besar, shawl dan tas tangan vintage. Contoh terbaik adalah Wak Doyok!

Foto: Billboard

Mengkhusus kepada fesyen wanita pula, terma fesyen Hijabista secara tiba-tiba meledak sekitar lima tahun yang lalu dan penyanyi antarabangsa tempatan, Yuna serta media influencer Hana Tajima, dianggap sebagai pencetus stail ini.

Hijabista menyaksikan komuniti wanita berhijab terdiri daripada wanita berkerjaya dan mahasiswi dengan citarasa fesyen yang tidak terbatas pada gaya konvensional tanpa mengenepikan kesopanan seorang wanita Muslim.

Malaysia disebut sebagai negara yang menjadi trendsetter kepada fesyen Hijabista malah pasarannya cukup meluas sehingga mendapat perhatian pereka fesyen di seluruh dunia.

Foto: iPrice

Himpunan fesyen dari era 1950 hingga yang terkini sudahpun selesai dikongsi, bagaimanakah pula cetusan fesyen yang diilhamkan sempena Wawasan 2020?

Pastinya sesuatu yang di luar kotak dan pelik bukan? Tentunya sudah ramai pereka fesyen tempatan bersiap-sedia mereka cipta pelbagai rekaan yang unik. Anyway, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!  

Yanie Baharom