Dituduh Penipu, Ini Jawapan Win Daiyan Trisha

Kecoh apabila pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memuat naik foto dengan persalinan lengkap perkahwinan baru-baru ini. Tindakan selebriti itu lantas  menimbulkan kontroversi apabila ramai yang menganggap beliau bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapi, sebaliknya ia hanyalah sebahagian daripada promosi untuk single terbaharunya yang berjudul Langit.

Sesetengah pihak beranggapan strategi memperkenalkan single baharunya itu seakan-akan sama dengan gimik yang dilakukan oleh Haqiem Rusli, sedangkan lagu Langit tidak menggunakan isu mental mahu pun mahu memalukan mana-mana pihak.

Menurut pelakon filem Busker itu, dia tidak berniat mahu menipu orang ramai  kerana lagu terbaharunya adalah berkonsepkan perkahwinan.

“Sampai sekarang pun ada yang masih bercakap (mengenai strategi digunakan itu). Saya sendiri tidak faham kenapa orang marah? Saya mempunyai alasan kukuh kerana sudah mula memuat naik bayangan mengenai lagu meraikan dua hati yang berkonsepkan perkahwinan sejak Julai lalu.

“Boleh dikatakan, memang kerap saya kongsikan gambar dalam Insta Story dan tidak ketinggalan madah penyatuan dua hati, sekali gus mereka yang mengikuti akaun saya faham sedari awal ia bertepatan konsep lagu.

“Kalau samakan saya dengan Haqiem, memang mereka (netizen) sangat salah. Saya seorang yang menentang segala perbuatan yang mengaitkan gangguan mental hingga pernah membangkitkan isu itu dalam lagu. Cara kami berbeza.” Katanya

Sebelum ini, Daiyan pernah memberitahu yang beliau bakal bernikah pada tarikh 19 Ogos apabila dihubungi oleh seorang penyampai di sebuah saluran radio. 

Menurutnya, itu adalah satu gurauan dan beliau sendiri telah memohon maaf atas tindakannyaitu  menerusi temubual bersama medi.  Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mencetuskan kontroversi dikalangan peminat sehingga melabel Daiyan sebagai penipu dan menyamakan tindakan beliau seperti penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi.

Apapun, muzik video Langit telah berjaya meraih 133 000 tontonan sejak dikongsi di laman YouTube pada 20 Ogos lalu.

So, kiranya gimik yang dilakukan oleh Daiyan Trisha berjaya lah juga kan?

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops