Categories: Oh Lawa

Azhar Zainal Pecah Tembok Diskriminasi Fesyen Untuk Golongan Plus Size

Fashion for all yang membawa maksud fesyen untuk semua, satu statement yang jelas membuktikan bahawa tiada limitasi saiz tubuh dalam berfesyen dan tidak seharusnya wujud diskriminasi terhadap golongan plus size.

Namun faktor kebimbangan tidak mendapat sambutan atau keuntungan, membuatkan ramai pereka fesyen tempatan lebih selesa menumpukan rekaan khusus untuk mereka yang bertubuh sederhana.

Foto: Aryl

Pereka fesyen Azhar Zainal, berkata, sepatutnya golongan plus size tidak hanya dianggap golongan minoriti lagi di dalam negara, sebaliknya perlu diberi layanan yang sama khususnya dalam berfesyen.

“Kebanyakan pereka takut baju mereka tidak terjual sebab tu banyak reka baju kecil-kecil sahaja.

Foto: Aryl

“Tapi macam mana kita nak jadikan golongan plus size seronok berbelanja baju dalam negara kerana itu saya hasilkan rekaan baju untuk mereka yang bertubuh besar.

“Saya mahu mereka tampil berkeyakinan dan menawan saat menyarungkan pakaian jenama Azhar Zainal ,” katanya ketika melancarkan koleksi ‘plus size’ di Loka Nu Sentral, semalam.

Menurut Azhar lagi, lelaki mahupun wanita bertubuh plus size juga layak menyarungkan busana indah termasuk menggayakan aneka jenis fesyen bermula gaun malam, kasual, wedding dan sebagainya.

“Pereka perlu meneroka pelabagai saiz, satu perkara yang baik untuk saling menjelajah rekaan dengan semua saiz,” ujarnya yang bakal menyertai Borneo Fashion Week pada 7 hingga 9 September nanti.

Foto: Aryl

Pereka muda yang lahir pada 8 November 1989 ini berkata, idea untuk mengetengahkan busana untuk golongan plus size tercetus apabila isterinya sukar untuk mendapatkan baju.

Justeru beliau mendapati ia merupakan masalah yang sangat sinonim kepada kumpulan plus size yang seolah-olah dipinggirkan.

Foto: Aryl

Berasal dari Melaka, Azhar percaya bahawa pereka fesyen mempunyai tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tentang body shaming iaitu budaya mengejek saiz badan yang dilihat menjadi-jadi dewasa kini.

“Kita kena raikan apa juga saiz sekalipun sebab itu fokus saya dalam rekaan saya adalah #plussizediversity,” ujarnya.

Foto: Aryl

Yanie Baharom