Categories: Oh Lawa

Elemen glam dan tradisional serlahkan gaya klasik koleksi raya Shawlpublika

Jenama fesyen tempatan yang sinonim dengan penggunaan fabrik sari dalam kebanyakan rekaannya, Shawlpublika mempersembahkan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri 2019 bertemakan TIMELESSRAYA.

Himpunan rekaan kali ini mencipta sejarah tersendiri dalam pencapaian Shawlpublika sejak diwujudkan pada tahun 2015.

Buat julung kalinya, Shawlpublika menggunakan kain sari bercorak  sekali gus menjadikan mereka rumah fesyen tanah air pertama membawa masuk fabrik eksklusif tersebut. Gabungan glam dan tradisional menjadi elemen rekaan Syawal tahun ini dengan mengutamakan gaya klasik.

“Sesuai dengan tema TIMELESSRAYA, raya tahun ini kami memperkenalkan untuk kali pertama kurung Pahang dan kurung Kedah menggunakan sari bercorak. Jadi variasi rekaan tahun ini lebih pelbagai, eksklusif dan selesa,” kongsi pengasas Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli.

Selain sari bercorak, Shawlpublika masih mengekalkan penggunaan fabrik signaturnya seperti sari sifon, sari kapas dan sari sutera. Tahun ini juga pemilihan fabrik dilakukan dengan lebih terperinci dengan mengambil kira keselesaan pelanggan agar ia boleh dipakai di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Koleksi Aidilfitri TIMELESSRAYA 2019 Shawlpublika sudah menemui pelanggan bermula pertengahan April lalu. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.shawlpublika.com, agen sah atau di butik Shawlpublika di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Harga bermula daripada RM399 hingga RM599 dengan pilihan saiz XS hingga XXL. Saiz ekstra (XXL) terhad untuk rekaan terpilih sahaja.

Foto: Instagram Shawlpublika

Ad Ops