Adakah anda ingat dettik awal kemunculan Lady Gaga di persada seni antarabangsa dengan lagunya Poker Face?
Sekitar tahun 2008, penampilannya yang unik menyebabkan beliau dilabel sebagai penyanyi dengan gaya persembahan dan penampilan yang luar biasa.
Sejak itu, wanita berumur 32 tahun dan diberi nama Stefani Joanne Angelina Germanotta ini sudah banyak kali mengubah rupanya. Selebriti yang lebih lama daripadanya pun tidak sekerap itu!
Jika hendak menyenaraikan kesemuanya memang rumit, kerana Gaga telah mencuba pelbagai jenis gaya sejak dulu lagi.
Pada awal kemunculannya beliau dilihat lebih menggemari gaya berciri avant-garde, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau mengejutkan ramai apabila tampil dengan rupa klasik Hollywood.
Ternyata Gaga telah menyumbang pelbagai idea dan inspirasi bagi sesiapa yang ingin tampil lebih kreatif serta berani dengan penampilan mereka.
Itu termasuklah dengan mengubah suai warna rambut, bereksperimen dengan bulu kening, ataupun dengan melekatkan aksesori pada kulit muka untuk sementara waktu.
Jika anda tidak mengenali muziknya, percayalah bahawa gaya rambut dan solekannya yang sangat kreatif itu hanya melengkapi bakat nyanyiannya yang hebat.
Jadi mari kita imbas kembali penampilan ikonik Gaga sebelum ini.
Rupa yang mana menjadi kesukaan anda?
Sumber: Allure
Wah fly high girls!
Semoga Irma terus kuat
Word of the year 2024, L U S M 🤣