Categories: Oh Lawa

Harga Durian Runtuh Lipstik Sempena Sambutan Hari Gincu Antarabangsa 2018

Tahun ini, Hari Gincu Antarabangsa jatuh pada hari Ahad, 29 Julai, 2018. Ia adalah hari untuk meraikan keperibadian dan ekspresi melalui solekan, dengan lipstik menjadi salah satu produk kosmetik yang paling sering digunakan.

Bersempena sambutan itu, salah satu jenama solek yang paling ikonik di dunia, M.A.C. melakukan kolaborasi bersama gedung di atas talian Lazada sekaligus melancarkan M.A.C x Lazada Super Brand Day.

Pada hari berkenaan, promosi hebat yang dilakukan M.A.C. akan menjadi kemuncak laman web Lazada. Malah pengunjung laman web itu membeli edisi terhad M.A.C dalam bentuk pembungkusan premium dan eksklusif. Bukan itu saja mereka juga berpeluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah menarik.

Foto: Elle

Hari Gincu Antarabangsa yang diperkenalkan pada tahun lalu adalah cetusan idea dari jenama M.A.C yang ingin meraikan pelanggan setia mereka sekaligus memanfaatkan peluang itu untuk melancarkan produk terbaru mereka.

Melalui penganjurannya, wanita diberikan pendedahan untuk menghargai kecantikan dan membina keyakinan diri dengan memahami keperluan solekan buat diri mereka.

Himpunan warna-warna gincu yang diperkenalkan bersempena sambutan ini terdiri daripada warna yang terang dalam membentuk personaliti yang bersemangat dan berkeyakinan.

Perayaan ini nampaknya mula menjadi ikutan dimana terdapat pelbagai lagi jenama solekan terkenal menawarkan diskaun atau harga durian runtuh buat pembeli bersempena Sambutan Hari Gincu Antarangbasa 2018.

So! jangan lupa luangkan masa anda untuk merebut peluang ini sekaligus memiliki gincu idaman anda dengan harga yang berpatutan.

Foto: Nykaa

Yanie Baharom