Wow! Kafe G Dragon Kaut Untung Hampir RM 60,000 Sehari

Nampaknya percaturan anggota Big Bang, G Dragon yang telah membuka sebuah kafe di Pulau Jeju, Korea Selatan membuahkan hasil.

Kafe milik beliau yang terletak di tengah-tengah Jeju Shinhwa World Resort itu khabarnya memberi keuntungan hampir RM 60,000 setiap hari. Wow, boleh bayangkan tak berapa ramai pengunjung di situ?

Populariti kafe ‘Untitled,2017’ bukan saja dibantu oleh hebahan yang dibuat media tempatan dan antarabangsa tetapi termasuk jutaan peminat G Dragon sendiri.

Bayangkan, kafe ini juga menjadi tempat wajib dikunjungi pelancong ketika bercuti di pulau peranginan itu. Memang tak menang tangan lah jawabnya. Apapun, terbaiklah G Dragon!

Dalam masa sama, G Dragon turut membuka sebuah pusat bowling di pusat percutian itu.

SGMS Faida