Categories: Oh Lawa

Hilangkan Lingkaran Mata Yang Membuatkan Anda Kelihatan Tua Dengan Gincu Merah!

Lingkaran bawah mata dan bengkak, punca membuatkan wajah tampak kusam dan berusia. Teknik solekan tebal juga kadang tidak cukup menyembunyikan masalah anda malah membuatkan solekan kamu kelihatan cakey.

Amalan petua tradisional seperti meletakkan uncang teh ke mata sangat membantu, tetapi ia mengambil masa 2-3 tiga hari lingkaran bawah mata atau bengkak itu berkurangan.

Jalan pintas adalah mencuba teknik solekan ini di mana anda hanya perlu mengoles lipstik warna merah sebelum memakai bedak asas  untuk menutup eye bags. Bukan saja ia akan hilang serta-merta bahkan menaikkan seri wajah kamu.

Foto: Avoskin

Cara untuk menggunakan teknik ini ialah dengan hanya mengoles lipstik ke kawasan lingkaran bawah mata, kemudian sapukan foundation dan concealer. Gunakan jari ataupun span untuk meratakan campuran lipstik dan foundation ini sehingga menjadi rata.

Bukan sahaja boleh menutup kesan lebam di mata kamu, lipstik juga boleh dijadikan sebagai pemerah pipi. Hanya oles sedikit secara satu garisan di bahagian tulang pipi. Kemudian gunakan jari untuk meratakan warna tersebut.

Cuba teknik mekap ini ketika di saat kecemasan, apabila kamu mahu menutup kesan gelap bawah mata. Tetapi jangan lupa dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Oles pelembap mata setiap hari dan banyak minum air kosong supaya wajah kamu lebih berseri dan tidak kusam lagi.

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom