Komen Negatif Netizen Macam Hiburan, Nabila Huda Tak Ambil Hati

Pelakon Nabila Huda yang hadir di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) pada Ahad lalu menerima kritikan netizen apabila menggayakan busana serba hitam dengan kain terbelah dan scarf (selendang).

Berikutan hal itu, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil memberitahu dia memakai scarf tersebut kerana tidak sempat menghias rambutnya.

“ Saya orangnya sederhana dan tidak suka berfesyen. 

“ Saya pakai scarf sebab malas nak menghias rambut. Saya pun jarang pergi majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan rakan. Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Abil juga tidak mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman Instagramnya biarpun dihujani kritikan terhadap busananya tempoh hari

“ Komen negatif daripada netizen saya anggap macam hiburan. 

“Saya tak tutup ruangan komen kerana seronok membaca mereka yang komen itu sebenarnya tiada kehidupan. Biasanya saya gelak-gelak sahaja bila baca komen mereka,” akhirinya.

SGMS Faida