Categories: Oh Lawa

Ikuti Tip-Tip Fesyen Ini Ketika Hendak Ke Sesi Temuduga Kerja

Sama ada anda suka atau tak, penampilan anda tersangatlah penting jika anda ingin mendapatkan pekerjaan impian anda.

Dan bila nak memilih apa nak pakai untuk interview kerja, anda mesti ingin menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Pada masa yang sama anda perlu stand out, atau serlahkan diri.

Walaupun di zaman sekarang, banyak syarikat dah tak lagi mengamalkan dress code yang ketat, kita masih perlu berjaga-jaga supaya gaya penampilan kita masih dikira sopan dan sesuai.

Dan walaupun kita rasa apa yang terkandung dalam resume kita lagi penting daripada stail fesyen kita, apa yang kita pakai semasa temuduga tetap penting.

First impression (tanggapan pertama) adalah sangat kritikal. Apa yang anda pakai ialah perkara pertama yang orang perasan, sebelum anda bersuara,” kata Barry Drexler, pengasas Expert Interview Coach.

“Pegawai yang memilih pekerja baru tak kenal lagi anda siapa, dan bagaimana kelakuan anda. Sewaktu di dalam sesi temuduga, mereka hanya boleh berbuat demikian berdasarkan rupa anda.”

Jadi untuk memastikan gaya fesyen mana yang anda patut gunakan, pertama sekali anda perlu kenali sektor industri yang anda ingin ceburi.

Bukan saja jenis pakaian, warna juga penting!

Contohnya, beg tangan bewarna pink mungkin lebih sesuai jika anda ingin meminta kerja di syarikat fesyen, dan bukannya di syarikat korporat.

“Anda perlu pakai warna yang sesuai dengan syarikat pilihan anda. Pada masa yang sama, ia sedikit sebanyak perlu menonjolkan personaliti anda,” kata Rahel Berihu, seorang stylist dan sukarelawan untuk Dress For Success.

“Anda tak mahu outfit anda untuk terlalu melampau.”

Tapi tak bagus juga jika ia terlalu simple. “Pegawai di syarikat industri kreatif akan menganggap anda sebagai boring, terlalu tegang dan bukan seseorang yang akan mengambil cabaran,” kata Frank Dahill dari syarikat pengambilan pekerja di New York yang khusus kepada industri kreatif.

Jadi, jom ketahui gaya fesyen yang sesuai dengan sesuatu sektor pekerjaan yang anda ingin ceburi.

Bidang Kreatif

Contoh: penulis, editor, pereka grafik, pengarah seni, editor gambar atau filem

Anda tak payah susah-susah pakai suit, iaitu seluar slack, kemeja dan blazer. Tapi anda juga tak patut tampil dengan stail yang terlalu liar atau mengikut trend sangat.

Pastikan anda selesa. Pakai kasut berjenis closed-toe, dan seluar bewarna hitam atau dark denim. Jangan pakai terlalu banyak aksesori.

Foto: Little Blonde Book

Industri Korporat

Contoh: syarikat guaman, perhubungan awam, jualan, pemasaran, perhubungan awam, periklanan

Anda perlu nampak segak dan kemas. Jangan pakai terlalu banyak makeup dan pastikan gaya rambut anda simple dan bersih. Jangan pakai minyak wangi.

Kenakan blazer, blouse simple dan seluar yang sesuai dengan potongan badan anda. Kasut juga perlu berjenis closed-toe dan tak melebihi 3 inci ketinggiannya.

Warna pakaian anda juga perlu konservatif, dan tak terlalu menonjol, bercorak atau terang. Jangan pakai baju yang jarang atau low-cut!

Pastikan outfit anda nampak classy. Anda mahukan perhatian pegawai pengambilan pekerja itu tertumpu kepada diri anda, dan bukannya apa yang anda pakai.

Foto: Girl With Curves

Bidang Fesyen

Contoh: editor fesyen, stylist, pereka fesyen, jualan, pembeli

Orang selalu ingat, untuk mencari kerja di dalam bidang ini, mereka perlu menunjukkan gaya yang edgy atau mengikut trend.

Apa yang anda pakai sebenarnya bergantung kepada syarikat yang anda ingin sertai. Memanglah bagus jika anda mengenakan stail fashionista tapi pada masa yang sama jangan pula pakai outfit yang sesuai untuk runway.

Sebaliknya, biarkan pakaian anda simple, tapi gunakan aksesori sebagai tumpuan. Pakai kasut atau beg yang bergaya, ataupun barang kemas yang menampakkan citarasa anda.

Sekali lagi, anda mahukan mereka untuk berfikir “dia nampak stylish dalam outfit itu” dan bukannya “wah, mahalnya outfit designer itu!”

Foto: Edward Berthelot/Getty Images

Bidang kewangan

Contoh: banking, akauntan, insurans, penganalisa saham

Jangan terlalu bergaya. Sebaliknya anda perlu nampak konservatif dan profesional.

Pakai suit seluar atau skirt bewarna gelap, serta blouse bewarna terang. Aksesori biarkan simple.

Jangan pakai pakaian yang bercorak, kasut open-toe, kasut bertumit yang tinggi sangat, ataupun baju yang low-cut.

Foto: Ania B

Bidang teknologi atau syarikat baru

Contoh: jurutera, pengurus produk, pereka, komunikasi, IT, coder

Syarikat baru selalunya mempunyai pekerja yang muda, jadi anda mungkin akan risau jika anda terlebih bergaya di kalangan orang-orang hipster.

Sebaliknya, anda perlu lebihkan sikit saja gaya itu supaya pegawai pengambilan pekerja tahu yang anda sedang mengenakan gaya untuk menduduki temuduga.

Jika anda datang dengan gaya korporat, orang akan ingat anda tak tahu langsung tentang industri ini.

Tunjukkan yang anda serius dengan pekerjaan ini tanpa terlebih bergaya. Pilih seluar denim gelap dan blouse yang dimasukkan ke dalam, ataupun skirt dengan kemeja butang serta blazer atau sweater biasa. Dari situ, pilih aksesori yang simple.

Foto: Economy of Style

Sumber: Stylecaster

Ad Ops