Categories: Oh Lawa

Ini Cara Mudah Nak Buat Face Mist Daripada Timun. Sembur Saja, Terus Segar!

Setiap wanita pasti inginkan kulit wajah yang sentiasa cantik, sihat dan berseri-seri. Tetapi untuk mendapatkannya memerlukan teknik penjagaan yang rapi dan teratur. Sebenarnya tidak susah pun untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah ini. Salah satunya dengan menggunakan semburan wajah atau face mist. Kalau anda nak tahu, face mist ini berfungsi untuk memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit wajah kita.

Untuk mendapatkan face mist ini tidak susah pun, kita boleh buat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi contohnya timun. Timun sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kecantikan kulit wajah dan yang pastinya ia selamat!

Face mist timun sebenarnya dapat memberikan kelegaan kepada kulit wajah yang letih, kulit yang luka atau sun burn disebabkan sinaran UV yang merbahaya. Jadi apa kata kita buat sendiri face mist timun ini. Ikuti perkongsian oleh Tengku Wdec di akaun Facebook miliknya.

 

Cara-cara menghasilkan face mist timun:

1. Potong sebatang timun dan rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat tau, sebab timun dikategorikan sebagai sayur, takut nanti kalau rebus lama khasiat vitamin pada timun tersebut akan hilang. Jadi, apabila rebus dan timun agak lembut sedikit terus angkat dan sejukkan sebentar.

Foto: Keluarga.my

2. Kisarkan timun tadi dengan sedikit air rebusan tadi. Jangan banyak sangat airnya ya. Selepas selesai kisar, tapiskan timun tersebut ke dalam mangkuk kecil.

Foto: Keluarga.my

3. Jika wajah anda mempunyai jerawat atau mengalami sun burn, boleh perahkan sedikit lemon. Lemon dapat membantu mencerahkan kulit dan mematikan jerawat.

Foto: Keluarga.my

4. Kemudian, anda boleh masukkan cairan timun tadi ke dalam botol spray. Simpan ke dalam peti ais. Face mist timun homemade ini boleh tahan dalam masa 2 minggu.

Cara penggunaan pula, anda boleh semburkan  sahaja pada muka dan biarkan sehingga kering. Tidak perlu dibilas dan simpan semula face mist anda ke dalam peti ais. Anda akan rasakan kesegaran pada kulit selepas menyembur face mist timun ini. Selamat mencuba!

Sumber:Tengku Wdec, Keluarga.my

tex_admin