Categories: Oh Lawa

Ini Petua Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin. Hanya Guna Daun Pandan!

Bagi anda yang sedang dilema perut buncit selepas melahirkan anak, mungkin ini berita baik buat anda! Tahukah anda bahawa air rebusan daun pandan mampu mengempiskan perut? 

Ya! Air rebusan daun pandan sangat bermanfaat untuk anda. Bukan sahaja digunakan untuk memasak, daun pandan juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain termasuklah mampu mengempiskan perut.

Nak tahu caranya? Jom semak!

Foto: Koleksi Viral

Bahan-bahan untuk rebusan

Daun pandan (Ikut berapa helai yang anda suka)

2 inci halia yang diketuk

1 ketul gula batu

2 gelas air

Caranya

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk yang berisi air. Rebus sehingga mendidih.

2. Boleh diminum suam-suam.

Foto: Mingguan Wanita

Fungsinya

1. Air rebusan ini bagus untuk kempiskan perut, membuang angin dalam badan dan mengurangkan lenguh badan. 

2. Bagus diminum 2 kali sehari.

Kalau anda nak tahu, air rebusan daun pandan ini juga mempunyai khasiat yang lainnya, antaranya:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Minum air rebusan daun pandan secara konsisten dapat membantu membunuh kuman dalam darah.

3. Air pandan boleh melicinkan kulit. Caranya, kisar daun pandan bersama sedikit air, tapis dan minum airnya bersama pisang.

4. Air rebusan akar daun pandan dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru melahirkan anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah PaMa & Sinar

tex_admin