Categories: Oh Lawa

Ini Teknik Betul Untuk Mencari Tona Foundation Yang Padan Dengan Kulit Anda, Menurut Pakar

Bila kita nak membeli bedak asas atau foundation, perkara paling penting ialah kita kena tahu ialah warna atau tona yang paling matching dengan kulit muka kita.

Selalunya kita akan test di belakang tapak tangan, kan? Untuk orang yang tidak memakai tudung pula, mereka selalunya akan calit di leher. Kononnya samalah kulit di situ dengan kulit muka.

Tak betul! Muka adalah bahagian badan yang paling terdedah kepada cahaya matahari. Jadi memang takkan sama dengan tangan atau leher.

Kalau boleh, kita kena cuba terus di kulit muka dan tengok sama ada ia betul-betul blend dengan kulit. Barulah tepat!

Seorang pakar makeup, Jennifer Charm dari Carabella Cosmetics, berkata, cara yang dia gunakan ialah mencuba foundation di bahagian rahang (jawbone) kerana ia berada di antara muka dan leher.

“Anda inginkan tona perfect yang boleh blend dengan sekata dari muka ke leher.”

Jika anda tidak berhijab, anda perlu mencari satu tona yang boleh padan dengan kedua-dua warna muka dan leher.

Kalau anda berjaya jumpa, jadi itulah tona yang perfect untuk anda.

Sumber: Insider

Ad Ops