Categories: Oh Lawa

Jangan Main Pakai Sahaja, Ikuti Kaedah Memakai Lip Matte Dengan Cara Yang Betul

Lip Matte antara kosmetik yang sedang ‘in‘ dan menjadi pilihan semua wanita. Kalau scroll Instagram mahupun Facebook, ramai usahawan kosmetik mengeluarkan produk lip matte ini dengan menjual pelbagai warna-warna yang hot

Penulis percaya, setiap daripada anda pasti mempunyai koleksi lip matte kegemaran anda kan? Tapi, anda tahu tak cara nak apply lip matte dengan cara yang betul?

Jom kita semak perkongsian oleh makeup artist, Azreena Azmi mengenai cara-cara nak apply lip matte pada bibir supaya lebih cantik dan tahan lama.

Cara-cara nak pakai lip matte

1. Oles lip matte pada bibir dengan rata, biarkan ianya kering 100% terlebih dahulu. Jangan sesekali kemam bibir anda kononnya untuk meratakan warna. 

2. Apabila texture warna lip matte pada bibir sudah kering 100%, barulah boleh kemam bibir. Texture lip matte yang kering dan melekat pada bibir akan lebih tahan lama. Kalau perasan, apabila anda makan atau minum warna lip matte pada bibir anda tidak akan berubah dan tertanggal. 

3. Anda perlu tahu bahawa, tidak semua lip matte yang dijual di pasaran akan cepat kering apabila dipakai. Jadi, pilihlah lip matte yang sesuai untuk anda. Contohnya jenama NYX antara lip matte yang lambat kering.

Foto: Nosotras.com

Azreena Azmi juga menyatakan bahawa, bagi wanita yang mempunyai masalah bibir yang terlalu kering, anda perlu elak daripada memakai lipstick jenis matte ini.

Hal ini kerana, pemakaian lip matte akan menambahkan lagi kekeringan bibir anda serta menyebabkan bibir merekah sekaligus membuatkan permukaan bibir jadi tak sekata.

Tapi, sekiranya anda nak jugak pakai lip matte ini, anda boleh apply lip balm terlebih dahulu pada bibir sebelum memakai lipstick jenis matte. 

Apa pun, Hijab & Heels nak berpesan, kalau nak guna lip matte ini ataupun barangan kosmetik yang lain, belilah yang original. Jangan sesekali beli yang fake ya! Ini kerana, barangan kosmetik yang fake akan menimbulkan banyak masalah kesihatan di kemudian hari. Jadi, hati-hati!

Sumber: Facebook

tex_admin