Categories: Oh Lawa

Khasiat kulit pisang yang ramai tidak tahu. Nombor 2 paling berguna untuk wanita!

Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Bahan-bahan semula jadi sebenarnya memberikan kesan yang mujarab pada badan anda.

Misalnya, buah-buahan selain dimakan, bahan lain seperti kulit, batang dan akar juga boleh digunakan untuk pelbagai manfaat.

Antara buah-buahan yang boleh dipelbagaikan fungsinya ialah pisang yang bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, tetapi kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaannya bersesuaian dengan gelarannya sebagai pokok serba guna.

1. Menghilangkan lingkaran bawah mata

Anda pasti geram dengan lingkaran pada bawah mata yang mencacatkan penampilan apabila mengenakan solekan. Gunakan kulit pisang untuk menghilangkannya!

Korek kulit pisang menggunakan sudu dan letakkannya pada bahagian bermasalah.

Untuk hasil yang lebih berkesan, biarkannya di dalam peti sejuk untuk seketika sebelum diletakkan pada bahagian bawah mata anda.

2. Mengurangkan kedutan pada wajah

Kedutan adalah mimpi ngeri bagi wanita.

Bagi mengurangkannya, anda boleh menggunakan kulit pisang yang dicuci dengan bersih dan diletakkan di kawasan yang bermasalah selama 30 minit.

Foto: Daily Mail

3. Merawat jerawat dan kutil

Korek sedikit kulit pisang menggunakan sudu dan gosokkan pada bahagian yang bermasalah.

Kutil ialah isi lebih yang ada pada kulit. Dengan menggunakan kulit pisang, tekapkan dengan lembut pada kutil dan biarkan seketika.

Begitupun, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar kulit bagi mendapatkan rawatan secara profesional kerana kaedah yang disyorkan menggunakan kulit pisang adalah petua orang dulu.

Foto: Booboone.com

4. Memutihkan gigi

Gigi yang putih dan bersinar adalah idaman setiap manusia. Anda akan kelihatan lebih menarik dan tampil yakin jika gigi tampak tersusun dan putih.

Kulit pisang juga sebenarnya boleh memutihkan gigi! Caranya mudah sahaja. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi selama beberapa minit sebanyak satu hingga dua kali sehari.

Mudah bukan? Lain kali, jika anda siap memakan isinya, jangan pula dibuang kulitnya!

Simpan dan cuba panduan yang diberikan.

Selamat mencuba!

Sumber: brightside

tex_admin