Categories: Oh Lawa

Makanan jadi bahan lukisan rekaan fesyen, kreatif betul!

Pastinya semua pelukis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan seni boleh dihasilkan dalam apa jua rupa dan dengan apa jua alat atau bahan. 

Secara tradisionalnya, kita akan menggunakan berus dan bahan pewarna ataupun pensel berwarna.

Pelukis fesyen dari Armenia, Edgar Artis, ada menggunakan alat melukis tetapi lukisannya juga dilengkapi dengan hiasan pelbagai bahan asas yang kita gunakan seharian.

Antaranya ialah bahan makanan seperti sayur dan buah, alat tulis seperti pemadam dan klip kertas, serta madu sarang lebah dan skru!

Pada permulaannya, dia akan melukis imej model wanita dalam posisi tertentu di atas kertas, kemudian barulah dia menggunakan bahan seharian untuk menggambarkan pakaian model berkenaan.

Ia melibatkan usaha yang teliti, kerana Edgar bukan sahaja perlu menyusun bahan itu dengan betul, malah dia juga perlu memotongnya mengikut kesesuaian.

Setelah melihat hasil kerjanya di bawah, anda dapat lihat bahawa kreativitinya tidak terbatas! 

Gula-gula kapas

Pasta

Daun ketumbar

Avokado dan sedikit ramuan sushi

Lobak merah

Waffles dan coklat cair

Makanan anjing

Buah delima

Kulit bawang

Cheeseburger

Kubis

Sprinkles

Pizza

Rempah-ratus

French fries

Kubis cina

Nanas

Yogurt

Beras

Mi

Rowan berries

Kreatif, bukan? Yang mana satu menjadi kegemaran anda?

Jom saksikan bagaimana dia menghasilkan lukisan sebuah dress yang diperbuat daripada buah strawberi. Pandainya!

Di bawah ini pula video yang mana dia menggunakan kertas tisu. Bukan mudah, ya!

Sumber: Instagram Edgar Artis

Ad Ops