Categories: Oh Lawa

Mascara Anda Kering Dan Bergumpal? Ini Cara Mudah Untuk “Cairkannya” Semula

Kegunaan mascara adalah untuk buat bulu mata kita nampak lebat dan lentik. Jadi memang tension kalau mascara itu dah mula bergumpal dan kekeringan, padahal macam baru je beli semalam.

citizensofbeauty.com

Selalunya mascara akan kering apabila dah lepas tarikh luput. Kalau macam ini terpaksa jelah buang. 

Tetapi jika mascara anda masih baru lagi tak sampai 4 ke 5 bulan tapi dah kering, jangan beli yang baru!

Ada cara mudah untuk ‘mencairkan’ semula mascara itu.

Anda akan perlukan:

  • Satu tub mascara yang dah kering
  • 1 cawan air panas
  • Air pencuci kanta lekap atau ubat titis mata

Cara-caranya:

  1. Rendamkan tub mascara tu dalam air panas selama 5 minit.
  2. Masukkan 4 ke 5 titik air pencuci kanta lekap (contact lens solution) atau ubat mata (eye drop) seperti EyeMo ke dalam tub mascara tadi. Jangan guna air biasa tau!
  3. Putarkan batang mascara dalam tub itu supaya cecair di dalam tub tu larut. Jangan tolak masuk dan tarik keluar batang maskara itu tau. Nanti angin masuk pula.
  4. Tutup penutup mascara itu ketat-ketat dan goncangkan tub selama 15 ke 20 saat.

Dah siap! Mascara anda akan jadi seperti yang baru!

Awas! Kalau mascara anda dah lama, jangan guna teknik pencairan ni tau. Takut mata anda dijangkiti kuman pula.

Selamat mencuba!

Sumber: makeuptutorials.com

Ad Ops