Categories: Gaya Hidup

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau.

Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Jom tengok apa dia, dan cara untuk bersihkannya:

1. Tilam

www.shopfairfieldinn.com

Memanglah tilam yang anda guna ada sarung, tapi tilam juga sebenarnya terdedah bukan sahaja kepada habuk malah kutu hama!

Untuk bersihkannya, vacuum permukaan dan bahagian tepi tilam tersebut. Anda boleh juga cuba ketuk-ketuk tilam itu untuk buang habuk. Nak angkat mungkin berat sangat kan? 

Seeloknya pakai pelindung tilam (mattress protector) jadi bila tertumpah air, tak terkena pada tilam. Pelindung tilam boleh dicuci di dalam mesin basuh, sekali setiap 3 ke 5 minggu.

2. Showerhead

lifehacker.com

Jangan syok mandi je! Anda kena check juga kalau kepala pancuran anda kotor atau tidak sebab setelah lama dipakai, saluran air itu boleh didatangi kuman atau daki. Nampak macam bersih dah tak perlu dicuci kan? Anda silap! 

Senang je nak cuci. Isikan satu beg plastik kecil dengan cuka. Rendamkan kepala pancuran ke dalamnya dan ikat beg plastik dengan getah. Tunggu beberapa jam sebelum buka ikatan tersebut. Gerenti kepala pancuran anda lebih bersih!

3. Gegelung peti sejuk

www.wikihow.com

Refrigerator coils ini senang juga berhabuk, dan kalau anda kerap cuci, barulah peti sejuk anda boleh berfungsi dengan baik.

Sebelum anda mula mencuci, cabutkan plug peti sejuk tu dulu ye! Nanti terkena kejutan elektrik pula. Dengan menggunakan berus halus, cucikan habuk yang terkumpul di besi gegelung tu, dan kemudian vacuum sampai bersih.

4. Kipas siling

kautahutak.blogspot.my

Inilah benda yang paling senang untuk berhabuk di rumah anda. Bila dah penuh dengan habuk, kipas pun akan jadi perlahan. Jadi seelok-eloknya dicuci sekali setiap 2 ke 3 bulan.

Gunakan kain microfiber dan sabun cuci pinggan untuk bersihkan kipas anda. Dengan perlahan-lahan, lapkan habuk yang terkumpul dulu sebelum menggunakan sabun untuk menghilangkan kotoran degil. 

5. Oven dan microwave oven

blog.ijugaad.com

Setelah menggunakan ketuhar untuk panggang ayam, atau microwave oven untuk panaskan lauk, jangan lupa untuk bersihkannya ye!

Rak besi di dalam oven serta permukaan dalam microwave oven itu mesti berminyak. Kalau tak dicuci selalu, nanti susah nak tanggalkan kotoran. Takkan dah sampai berkerak dulu baru nak cuci kan?

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan sabun cuci pinggan yang boleh menanggalkan kesan minyak secara efektif.

Jom cuci!

Sumber: Curiousmob.com

Ad Ops