Categories: Oh Lawa

Maskara Anda Bergumpal Kerana Kekeringan? Gunakan Teknik Mudah Ini Untuk ‘Cairkannya’ Semula

Geramnya bila makeup kita dah nak siap tapi bila tiba tang maskara, terus spoil sebab isinya dah kering dan bergumpal.

Kalau ia memang dah melebihi tarikh luputnya, tak apalah, kan? Memang patut buang, takut ia menggatalkan mata. Tapi kalau ia baru saja dibeli dua tiga bulan lepas?

Foto: www.stylechicks.com

Tak apa, tak apa. Tak perlu beli yang baru. Ada cara mudah untuk mencairkan balik maskara anda itu. Gunakan hack ini untuk berjimat!

Anda akan perlukan:

  • Satu tiub maskara yang dah kering
  • 1 cawan air panas
  • Air pencuci kanta lekap (contact lens solution) atau ubat titis mata (eye drop)

Cara-caranya:

  1. Rendamkan tiub maskara tu dalam air panas selama 5 minit.
  2. Masukkan 4 ke 5 titik air pencuci kanta lekap atau ubat mata seperti EyeMo ke dalam tiub maskara tadi. Jangan guna air biasa!
  3. Putarkan batang maskara dalam tiub itu supaya cecairnya larut. Awas! Jangan tolak masuk dan tarik keluar batang maskara itu, okay? Nanti angin akan terperangkap lalu mengeringkan lagi cecair maskara.
  4. Tutup penutup maskara itu ketat-ketat dan goncangkan tiub selama 15 ke 20 saat.
  5. Dah siap! Maskara anda akan jadi seperti yang baru!

Ingat ya! Kalau maskara anda dah lama, jangan guna teknik pencairan ni tau. Takut mata anda dijangkiti kuman pula.

Selamat mencuba!

Sumber: makeuptutorials.com

Ad Ops