Categories: Oh Lawa

Parut jerawat susah nak hilang? Ini petua mudah

Oleh Ainur Nadhirah binti Bahrom Shah

Setiap wanita pasti akan melalui fasa kulit muka diserang jerawat dan akan meninggalkan parut jerawat yang mengambil masa selama bertahun-tahun untuk hilang. 

Kewujudan parut jerawat akan membuat wajah anda kelihatan tidak bersih, sekali gus mengurangkan keyakinan diri dan membuat penampilan anda rasa berbeza. 

Ada pelbagai jenis parut jerawat. Sebagai contoh, parut hitam, parut berlubang kecil, parut berlubang besar dan ada juga parut jerawat jenis timbul seperti keloid. 

Jangan bimbang! Ini adalah petua yang boleh anda cuba untuk menghilangkan parut jerawat dengan berkesan hanya menggunakan barang-barang yang ada di dapur anda! 

1. Serbuk penaik

Foto: rasa.my

Serbuk penaik terkenal sebagai bahan 1,001 kegunaan. Selalunya ia akan digunakan untuk membuat kek atau kuih, tetapi boleh juga digunakan untuk tujuan lain termasuk untuk menghilangkan parut jerawat. 

Serbuk penaik mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut  dan memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya mudah dengan hanya mencampurkan dua sudu serbuk penaik dengan air suam sehingga menjadi pes. Kemudian sapukan pes terbabit pada bahagian yang berparut selama beberapa minit sebelum dibilas. 

2. Timun

Foto: facetobeauty.blogspot.com

Selalunya timun digunakan untuk menghilangkan keletihan mata dan lingkungan hitam di sekeliling mata, namun timun juga mempunyai vitamin A, vitamin C dan magnesium yang mampu memberikan kelebihan pada kulit anda serta memudarkan parut jerawat yang degil.

Caranya, hiris timun segar dan tempekkan pada kulit muka yang  berparut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk. Lakukankan setiap hari untuk kesan yang memuaskan! 

3. Tomato

Foto: splendidtable.org

Buah tomato mempunyai pelbagai kelebihan untuk mengembalikan kecantikan wajah anda terutama untuk mencerahkan kulit anda dan mendapatkan wajah yang berseri dan licin. Ia mempunyai kadar vitamin A yang tinggi dan boleh merawat wajah anda serta menggalakkan pertumbuhan sel baharu.

Anda boleh potong buah tomato kepada dua bahagian dan bekukan ia. Sapu tomato yang beku ke wajah anda dan guna sehingga lumat. Bilas wajah anda dengan bersih.

4. Ubi kentang

Foto: puremags.my

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah. 

Gunakan hirisan yang lebih tebal untuk bahagian yang berparut dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk membolehkan kulit anda menyerap khasiat ubi kentang dan bilas wajah anda. 

tex_admin