Categories: Oh Lawa

Penampilan Che Ta Di Stadium Bukit Nasional Bukit Jalil Bikin Jiwa Penonton Kacau!

Tak pernah tak cantik, begitulah kisah pelakon popular yang seorang ini diibaratkan.

Bayangkan, masuk stadium pun dia tetap vogue, okay! Dengan bulu mata palsunya, kasut ankle boots termasuklah menjinjit tas tangan berjenama. Ons habis!

Siapa tidak kenal dengan Rozita Che Wan, selebriti dengan jolokan Hot Momma! yang sentiasa bergaya dan mempunyai sense fesyen yang cukup tinggi.

Pendek kata, kemunculan Che Ta telah menarik penonton yang hadir menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki 2018, di antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, katanya dia selesa dengan penampilan sebegitu dan beranggapan premis seperti stadium bukan halangan untuk bergaya sakan.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

“Apa masalahnya kalau pakai boot untuk tengok bola. Saya yang pakai kenapa anda yang nak komen berpeluh atau tidak.

“Setitik peluh pun tak pernah keluar macam mana mereka tahu saya berpeluh.

“Lagipun saya dapat tiket VIP, tak perlulah nak beratur panjang sebelum masuk stadium,” katanya.

Rozita hadir menonton perlawanan yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan itu ditemani suami, Zain Saidin termasuk adiknya, Ayu Raudhah dan dua anak serta Lan Pet Pet.

 

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Bercerita mengenai kasut potongan boot bertumit tinggi yang digayakan dengan seluar ketat berwarna hitam, Rozita berkata imej berkenaan tidak menyukarkannya untuk berjalan.

“Itu bagi saya adalah penampilan paling biasa. Saya tak biasa pakai sports shoes… ingat tomboi ke nak pakai sports shoes?” katanya sambil berseloroh.

Sumber: Media Hiburan

Yanie Baharom